Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Boleh Bawa Anak Jalan...

PUTRAJAYA - Tiada larangan untuk membawa kanak-kanak ke tempat awam termasuk pusat beli-belah dan...

Singapura Nafi Kentut Kambing...

SINGAPURA - Singapore Airlines (SIA) mengesahkan sebuah pesawat kargo miliknya terpaksa mendarat cemas...

‘Air Jampi’ Tiada Kaitan...

KUALA PILAH - Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan bekas...

Banjir: Jumlah Mangsa Bertambah...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di Sabah meningkat...

Bekas MB Terengganu Diiring 2 Isteri Ke Penamaan Calon

MESRA… Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mencatat sejarah buat dirinya apabila pertama kali diiringi dua orang isteri sekali gus ketika hadir ke pusat penamaan calon.

Keadaan unik tersebut membuatkan beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal itu menjadi tumpuan ketika muncul di Dewan Berlian Kemaman, Chukai pada hari ini.

Semasa ditemui media, Ahmad berkata, kehadiran Toh Puan Seri Norliza Mahmud, 52, dan Noor Hamilah Yahya, 46, memberi kekuatan kepada dirinya untuk kekal berjuang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kali ini.

“Memang tidak dinafikan kehadiran dua isteri memberi lebih dorongan dan semangat kepada saya untuk berjuang dalam PRU ke-14,” katanya yang kini berusia 61 tahun dan juga penyandang kerusi kubu UMNO itu sejak 1990.

Ahmad dilantik menjadi menteri besar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh pada 2008 sebelum menyerahkan kepimpinan negeri Pantai Timur tersebut kepada Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman pada 2014 lepas.


“Pada PRU sebelum ini hanya seorang isteri yang mengiringi dan PRU kali ini mencatat sejarah tersendiri kepada saya kerana dua isteri turut berada di sisi,” kata beliau kepada media tempatan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori