Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Generasi Kedua, Ketiga Semangat...

PUTRAJAYA – Generasi kedua dan ketiga Felda perlu mempunyai semangat kepenerokaan atau...

Wanita OKU Maut Dipukul,...

KUALA LUMPUR: Polis menemukan banyak kesan kecederaan baru dan lama pada badan wanita...

Keadaan Banjir Di Melaka...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Melaka dan Johor bertambah baik dengan dua...

Pindaan Akta Kanak-Kanak Dibentang...

KOTA KINABALU - Pindaan akta kanak-kanak yang komprehensif bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001,...

Bekas Peguam Jadi `Bapa Ayam Profesional’ Dipenjara

JIJIK…kisah bekas peguam, Mark Henry Benavides, yang telah dipenjarakan selama 80 tahun pada minggu lalu kerana memaksa enam pelanggannya melakukan seks dengannya sebagai pertukaran kepada perkhidmatan guaman yang diberikannya, telah mengejutkan ramai.

Ini kerana, ramai yang tidak menyangka Benavides, 48, yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak, menjadi bapa ayam profesional dalam memperdagangkan mangsa.

Peguamnya kini mengemukakan rayuan terhadap tuduhan itu, namun Benavides kini dibenci ramai di Amerika Syarikat.

Dia juga masih berdepan dengan beberapa tuduhan lain dengan dua tuduhan melibatkan serangan seksual ke atas kanak-kanak dan satu dakwaan tambahan terhadap pemerdagangan orang.

Benavides mencari mangsa di kalangan pelacur dan penagih dadah kerana keterangan mereka di mahkamah adalah kurang kredibiliti. Dia memaksa mereka melakukan seks dengannya dan mendakwa dengan berbuat demikian, dia akan memastikan mereka tidak dipenjarakan.

Rakaman video mengenai hubungan seks itu turut ditayangkan di mahkamah dengan ada antaranya memaparkan mengenai keganasan seks hinggakan juri terkejut.

Ia memaksa hakim menghentikan perbicaraan untuk seketika dan ketika juri keluar, salah seorang daripada mereka pengsan.


Salah seorang wanita yang menjadi mangsa ketika memberikan keterangan berkata, dia terpaksa tidur dengan Benavides kerana lelaki itu berjanji untuk membantunya mendapatkan anaknya semula.

Ketika hukuman dijatuhkan, Benavides sempat mengucapkan `i love you’ kepada isterinya. Wanita itu enggan percaya suaminya melakukan jenayah

“Dia curang tapi dia lelaki yang baik. Tolong berlaku adil kepadanya. Anak-anak sayangkannya,” kata isterinya ketika ditemubual oleh San Antonio Express-News. – MYNEWSHUB.CC

Kategori