Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kambing Terjun Laut Rimas...

WASHINGTON DC - Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Seekor kambing gunung di negeri...

Boston Bombing: Dzhokhar Tsarnaev...

SUSPEK insiden pengeboman acara larian marathon di Boston, Amerika Syarikat, Dzhokhar Tsarnaev, 21,...

Harga Petrol Naik Sikit,...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

Akhirnya Brader Ni Tahu...

SEBUAH rakaman video seorang peniaga dunia selamba memanggil Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah...

Bekas Peserta AF 2016 Maut Dirempuh Lori

TAKZIAH… Bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) 2016 maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan bertembung sebuah lori muatan tiga tan semalam.

Media tempatan melaporkan bahawa insiden tragik menimpa artis berusia 25 tahun tersebut berlaku di Kilometer 17.8, Kampung Kelawat, Jalan Tamparuli-Ranau, Sabah kira-kira pukul 1 petang Selasa.

Dalam kejadian tersebut, mangsa, Zahrul Hilmi Badrul Hisam atau nama pentasnya, Emy namun disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superitendan Dzulbaharin Ismail berkata, sebelum insiden pemandu lori berusia 55 tahun dalam perjalan dari arah Ranau menghala ke Kota Kinabalu manakala mangsa pula dari Tamparuli.

“Difahamkan, sebaik melalui satu selekoh yang berbukit, motosikal mangsa bagaimanapun dikatakan hilang kawalan sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan lori tersebut.


“Mangsa cedera parah pada bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Emy diserap masuk dalam program realiti tersebut pada minggu ketiga selepas menjuarai pertandingan JoHaRockstar tetapi tersingkir pada konsert kelima AF 2016. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori