ADA sesetengah masyarakat kita, apabila duit sudah tinggi menggunung, mulalah datang idea tidak masuk akal mereka dengan bazir wang untuk membeli sesuatu yang sia-sia.
Dalam masa yang sama, tindakan pelik tersebut menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang.
Baca: Rumah Agam Aliff Syukri Siap Dilengkapi 30 Bilik
Semua sedia maklum bahawa jutawan selaku usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri kini baru sahaja pindah ke istana kayangannya yang mempunyai sebanyak 30 buah bilik.
Segala aktiviti hariannya sering dimuatnaik dekat akaun Instagram miliknya sehingga dia sendiri bagaikan tidak menjaga sensitiviti agama sendiri.
Beberapa jam yang lalu, Aliff telah memuat naik satu video menunjukkan sebuah lori membawa perabot baharu untuk istananya yang dikenali sebagai Palace Aliff Syukri.
“Patung dah sampai… Saya nak pedang, nanti kalau ada orang nak buat jahat dekat saya, saya pakai pedang pukul orang tu,” katanya di dalam video berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan ramai netizen ialah kerana ‘perabot’ yang dinanti-nantikan oleh bapa kepada tiga cahaya mata itu ialah patung pahlawan Greek kuno!
Untuk apa sebenarnya dia membeli patung sebegitu? Sedangkan di dalam agama Islam sendiri kita tidak dibenarkan menggantung atau menghiasi rumah dengan haiwan mahupun patung yang menyerupai hidupan.
Walaupun tujuannya hanya sekadar untuk menghias, tetapi dikhuatiri akan mendatangkan fitnah dan berlaku syirik kepada Allah SWT kerana ia menyerupai makhluk ciptaan-Nya.
Selain itu, dalam Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim telah menyebut bahawa “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk rumah yang di dalamnya ada patung dan lukisan.”
Selain itu, ramai netizen meninggalkan komen nasihat kepada Aliff supaya dia tidak meneruskan niatnya untuk meletakkan patung wira Yunani tersebut di luar rumahnya.
Seakan-akan patung pahlawan tersebut akan menjaga rumahnya daripada ancaman orang jahat kerana ia kebetulan diletakkan dekat luar pintu hadapan mahligainya itu.
Mudah-mudahan selaku isteri, Datin Seri Shahida akan menasihati suaminya itu supaya tidak terus melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang dan kesannya terhadap masyarakat yang melihat. – MYNEWSHUB.CC/AH