Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tak Perasan Berbual Dengan...

Sebut sahaja nama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pasti terbayang di fikiran kita...

Rahsia Langsing Che Ta,...

WALAUPUN usianya sudah mencecah 43 tahun, aktres Rozita Che Wan masih lagi kelihatan...

Land Rover Terbabas, 7...

KUALA LUMPUR - Tujuh anggota polis termasuk enam wanita cedera selepas kenderaan Land...

Kenal Pasti Punca Sebenar...

KUALA LUMPUR - Pemuda MIC menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai...

Beri Penalti Real Madrid, Pengadil Diugut Bunuh

SELEPAS lebih seminggu berlalu, pengadil dari England masih dihujani kecaman serta ugutan bunuh selepas insiden dia memberikan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan di antara Real Madrid dan Juventus tempoh hari.

Dalam perlawanan timbal balik kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu minggu lalu, Juventus hampir melakukan keajaiban apabila mendahului juara bertahan, Real Madrid, 3-0 di laman lawan sekaligus menyamai skor agregat 3-3.

Ingin diingatkan, pada perlawanan pertama di Turin, Itali, Real berjaya menewaskan Juventus dengan jaringan sama sekali gus memberikan tugas sukar untuk Juventus di laman Real Madrid.

Bagaimanapun, Juventus dengan semangat baru diketuai Gianluigi Buffon yang nekad memenangi perlawanan kedua di Stadium Bernabeu, Madrid, Sepanyol itu memandangkan ia merupakan kejohanan UCL terakhirnya sebelum bersara pada hujung musim ini.

Selepas Juventus berjaya mendahului 3-0 sekaligus akan membawa perlawanan ke masa tambahan, pada minit akhir perlwanan, pemain Juventus, Mehdi Benatia melakukan kekasaran terhadap pemain Real, Lucas Vasquez dan menyebabkan Oliver memberikan sepakan penalti kepada Real.

Keputusan itu menyebabkan pemain-pemain Juventus termasuk Buffon membantah sekeras-kerasnya keputusan itu. Tindakan Buffon itu menyebabkan Oliver melayangkan kad merah kepadanya dan Buffon diarahkan keluar padang.

Ulang tayang insiden itu menunjukkan bahawa ia bukanlah terjahan kasar, namun penganalisis bola sepak rata-rata berpendapat Oliver melakukan keputusan yang tepat dan mana-mana pengadil bertauliah di dunia akan memberikan keputusan yang sama.

Pemain handalan dunia, Cristiano Ronaldo dengan tenang berjaya menjaringkan gol dari sepakan penalti itu menyebabkan Juventus tersingkir dan Real berjaya ke peringkat seterusnya.

Usai perlawanan, Buffon yang kini dianggap sebagai legenda kelab Juventus oleh penyokong mereka, bertindak menyelar Oliver di media sekali gus mengubah kehidupan pengadil itu sehingga kini.

“Ternyata anda (Oliver) tidak mempunyai hati di dada anda, sebaliknya ada tong sampah dalam itu,” kata Buffon yang tidak dapat menahan kemarahannya selepas perlawanan itu.

Sejak perlawanan itu, hidup Oliver kini tidak sama lagi apabila beberapa pihak terutama penyokong kelab Itali itu memberikan ancaman bunuh dan kecaman terhadapnya di media sosial.


Malah, Oliver turut melaporkan kepada pihak polis bahawa rumah kediamannya kini menjadi tempat mereka yang tidak bertanggungjawab menghamburkan kata-kata kesat melalui pita suara selain ada yang mengetuk pintu rumahnya secara kasar.

Disebabkan Oliver tidak mempunyai akaun media sosial, isterinya, Lucy Oliver menjadi mangsa buli siber, walaupun hakikatnya Lucy langsung tiada kaitan dengan insiden yang berlaku.

Sedar akan situasi itu, Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) selaku badan penganjur kejohanan tersebut terkejut dengan apa yang berlaku terhadap Oliver dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pengadil berusia 33 tahun daripada England tersebut.

‘Kami telah berhubung dengan mereka untuk menawarkan sokongan dan percaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melakukan ugutan tersebut,” dalam satu kenyataan oleh UEFA.

Dalam pada itu, Oliver dan isterinya turut meminta perlindungan daripada pihak berkuasa untuk memantau keselamatan mereka selepas isu ini dilihat masih belum reda biarpun seminggu telah berlalu bimbang akan keselamatan mereka.

”Kami mengambil serius dengan ancaman yang dibuat melalui media sosial.

”Tindakan membuat ancaman adalah sesuatu yang tidak boleh diterima, dan pihak yang mengeluarkan ugutan tersebut perlu sedar bahawa mereka boleh ditahan kerana melakukan jenayah.

Pegawai kejiranan polis telah berhubung dengan mangsa (Oliver) dan akan mengambil langkah keselamatan bagi memastikan keselamatan mereka,” kata jurucakap polis Northumbria, United Kingdom. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori