Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Janna Hadiah Ibu Kereta...

PELAKON Janna Nick membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah Mercedes-Benz CLA...

Kira-Kira 100 Penduduk Hadir...

Satu protes membantah pembinaan kondominium Datum Jelatek bersebelahan stesen LRT Jelatek berlaku tengah...

Pengerusi PFP Didakwa Memperdagangkan...

BUTTERWORTH - Pengerusi Penang Front Party (PFP), Datuk Ooi Kar Giap didakwa atas...

Belia 18 Tahun Di...

KANGAR - Perlis menjadi negeri kedua selepas Sabah menurunkan had usia mengundi dan...

Berita Palsu: ‘Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah’

ALOR SETAR – Hasrat pemimpin pembangkang, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memansuhkan cadangan undang-undang terhadap berita palsu sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menggambarkan seolah-olah sikap pembangkang yang gemar menyebarkan berita palsu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata mana-mana pihak sepatutnya tidak perlu takut akan pelaksanaan rang undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018 jika tidak melakukan kesalahan dengan menyebarkan berita palsu.

Menurutnya, undang-undang terhadap berita palsu hanya diguna pakai terhadap pihak yang membuat berita tidak benar sahaja.

“Semua yang tidak setuju ini, merekalah penyebar berita palsu terhebat, mereka takutlah…selama ini merekalah kot dok sebar berita-berita palsu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darulaman, di sini hari ini.

Semalam, Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 dengan suara majoriti.

Dalam sidang media semalam, bekas perdana menteri, Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH, berkata gabungan pembangkang itu akan memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Antiberita Tidak Benar 2018 jika berjaya menawan Putrajaya pada PRU14 nanti.


Ahmad Bashah berkata beliau tidak yakin dengan kenyataan Dr Mahathir untuk memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim dan menindas rakyat kerana pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun paling banyak menyekat kebebasan orang ramai.

Menurutnya, Dr Mahathir tidak berjaya memansuhkan Akta ISA 1960 sehingga beliau bersara sebagai perdana menteri pada 2003 dan akta tersebut akhirnya dimansuhkan oleh perdana menteri semasa, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada 2011.

Justeru, beliau meminta rakyat bijak menilai terutama anggota keluarga bekas tahanan ISA, antaranya rakan gabungan Dr Mahathir sekarang iaitu Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. – BERNAMA

Kategori