KUALA LUMPUR – Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan hari ini oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berhubung Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018.
Ini adalah mengapa Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia sedang memperkenalkan undang-undang untuk mengekang berita palsu:
1. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, sejak Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar diperkenalkan di Parlimen Malaysia, ia telah menarik banyak perhatian dan ulasan. Kami mengalu-alukan perbincangan, dan selepas mendengar pelbagai suara, Kerajaan telah membuat perubahan kepada Rang Undang-undang itu, termasuk mengurangkan hukuman maksimum bagi sabitan di bawah undang-undang ini kepada penjara enam tahun.
2. Bagaimanapun, sebahagian daripada liputan Rang Undang-undang yang dicadangkan telah sengaja mengelirukan dan dalam beberapa kes palsu sama sekali. Sebagai contoh, definisi berita palsu dalam Rang Undang-Undang adalah jelas dan khusus; kebebasan bersuara yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan tidak akan disekat; dan Kerajaan tidak akan sendiiri membuat keputusan apa yang ditakrif sebagai berita palsu, tetapi sebaliknya akan membenarkan pihak neutral iaitu pihak Mahkamah, untuk membuat keputusan melalui proses undang-undang bebas. Seperti yang kita lihat sejak bekas pemimpin meletak jawatan dan kebebasan kehakiman telah pulih, keputusan Mahkamah kini sering bertentangan dengan Kerajaan dan menteri kanan.
3. Jangan kita lupa bahawa Kerajaan ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memperkenalkan langkah-langkah yang paling meluas sejak merdeka untuk mengukuhkan kebebasan bersuara dan demokrasi. Sebagai contoh, Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan; Keadaan Darurat yang telah wujud selama lebih 60 tahun berakhir; kebebasan media meningkat dengan memansuhkan sekatan ke atas lesen penerbitan akhbar; Akta Universiti dan Kolej Universiti telah diperbaharui untuk membolehkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti politik; dan Akta Perhimpunan Aman telah diluluskan, buat kali pertama mengabadikan dalam undang-undang hak untuk berhimpun secara aman.
4. Jadi adalah jelas Kerajaan ini akan bertindak apabila perlu untuk melindungi keselamatan dan kebebasan rakyat dan proses demokrasi. Dan tidak ada sebarang keraguan bahawa undang-undang antiberita palsu ini adalah perlu. Tambahan pula, Malaysia tidak bersendirian dalam pandangan itu. Negara-negara di seluruh dunia, termasuk jiran-jiran dalam ASEAN, Singapura dan Filipina, sedang mempertimbangkan atau telah memperkenalkan undang-undang yang sama untuk memerangi berita palsu.
5. Jerman telah melaksanakan undang-undang anti-berita palsu mereka sendiri yang memperuntukkan denda sehingga ā¬ 50 juta (RM241 juta) untuk rangkaian yang gagal untuk mengambil kandungan haram dalam tempoh 24 jam. Di Perancis, Presiden Emmanuel Macron telah berjanji untuk memperkenalkan undang-undang untuk mengharamkan berita palsu di internet semasa pilihan raya. Beliau tidak berkompromi mengenai keperluan untuk undang-undang itu. “Jika kita mahu melindungi demokrasi liberal, kita mesti kuat dan mempunyai peraturan yang jelas,” katanya.
6. Dan Perdana Menteri Britain, Theresa May melancarkan unit tindak balas berita palsu “untuk menangani dengan cepat maklumat palsu dan menebus semula perdebatan awam berasaskan fakta”. Ini bukan rejim yang menindas, tetapi negara-negara Eropah yang terkenal dengan menggalakkan kebebasan bersuara dan hak sivil. Trend adalah jelas: negara-negara yang ingin menggalakkan perdebatan sihat dan proses demokrasi berdasarkan fakta-fakta menyedari bahawa mereka mesti bertindak terhadap musuh nombor satu berita palsu.
7. Ini bukan soal media sosial atau internet – walaupun berita palsu diketahui menyebar cepat sekali dalam platform, dan malangnya jauh lebih mudah dipercayai daripada kebenaran. Kita ambil contoh, pilihan raya yang lalu, apabila khabar angin palsu telah tersebar bahawa 40,000 warga Bangladesh diterbangkan ke Malaysia untuk mengundi. Tiada kelibat mereka yang ditemui. Namun ramai yang percaya bahawa pengundi hantu ini benar dan ia membawa kepada ketegangan kaum dan rasa tidak percaya proses pilihan raya. Ini adalah bahaya sebenar kepada demokrasi dan keharmonian kita.
8. Masalah ini menular kepada media antarabangsa. Kadang-kadang kesilapan yang mereka buat tentang Malaysia hanya disebabkan kejahilan, seperti banyak kali bahawa penerbitan antarabangsa telah merujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “Mr. Razak” atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “Mr. Ibrahim” – dalam kedua-dua kes, itu merujuk kepada bapa mereka, yang kedua-duanya telah meninggal dunia. Memang membimbangkan bahawa penerbitan antarabangsa yang ramai rakyat Malaysia mengambil serius, hanya tahu sedikit tentang negara kita sehingga melakukan kesilapan itu. Tetapi kita boleh mengatakan bahawa contoh-contoh itu pada dasarnya tidak berbahaya.
9. Lebih serius ialah apabila media antarabangsa, termasuk agensi-agensi berita, mendapatkan fakta-fakta yang salah. Satu agensi berita baru-baru ini melaporkan bahawa kerajaan telah ditutup The Malaysian Insider tahun lalu, sebenarnya – seperti yang mereka mengakui – ditutup atas sebab-sebab komersial. Pembiayanya sudah cukup kerugian berjuta-juta ringgit pada laman web yang tidak menguntungkan.
10. Agensi sama melaporkan bahawa Kerajaan menyokong rang undang-undang Parlimen yang akan “membenarkan hukuman syariah yang keras, seperti potong tangan kerana mencuri dan rejam kerana berzina”. Ini adalah benar-benar palsu, seperti diakui oleh agensi itu. Mereka memperbetulkan berita mereka, tetapi pada masa itu, laporan palsu itu telah tersebar di seluruh dunia – secara literal – dan telah dicetak dalam akhbar-akhbar dan diterbitkan dalam talian di seluruh benua.
11. Tiada pembetulan lain telah diterbitkan, dan undang-undang libel tidak dirangka untuk menangani maklumat yang salah ini, kerana tidak ada orang tertentu yang difitnah. Akibatnya berjuta-juta orang di seluruh dunia kini akan percaya sesuatu yang dusta sama sekali – kerana mereka percaya kepada agensi berita itu untuk mendapatkan fakta yang betul. Malangnya, mereka salah untuk berbuat demikian. Mereka disajikan dengan “berita palsu” tentang Malaysia – dan rakyat Malaysia tidak harus mempercayainya.
12. Satu lagi laman web kononnya akademik baru-baru ini melaporkan bahawa inflasi pada sepanjang masa tinggi di Malaysia. Malah, diunjurkan oleh pelbagai pihak berkuasa yang berwibawa, di peringkat nasional dan antarabangsa, ialah antara 2 dan 3 peratus – yang rendah dari segi sejarah di Malaysia dan sebagai perbandingan di peringkat antarabangsa. Lebih banyak berita palsu, disebarkan oleh profesor universiti. Adakah mereka peduli bahawa mereka telah mencemarkan reputasi sesebuah negara secara palsu?
13. Baru-baru ini, terdapat rentetan artikel berniat jahat mengenai Malaysia dalam akhbar The South China Morning Post (SCMP), dan rakyat Malaysia perlu tahu bahawa ini memang merupakan berita palsu – dan pembohongan mengerikan.
14. Pada 30 Mac, SCMP menerbitkan yang paling teruk setakat ini, satu artikel bertajuk “Mengapa pemimpin asing menghina Najib menjelang pilihan raya Malaysia?”
15. Mereka mendakwa bahawa: “kedatangan orang kenamaan (VIP) ke Malaysia telah berkurangan ….Kecuali Najib boleh menampilkan nama besar VIP di Malaysia, dan tidak lama lagi, beliau akan terbuka kepada kritikan bahawa kedudukan Malaysia di peruingkat antarabangsa telah jatuh di bawah kepimpinannya.”
16. Ini adalah contoh utama berita palsu. Dan ia bukan satu perkara untuk mendapatkan pandangan – ia adalah fakta, yang saya akan tunjukkan.
āā17. Selain amalan yang dipraktikkan secara meluas bahawa pemimpin asing tidak membuat lawatan rasmi ke sebuah negara sejurus sebelum pilihan raya, kerana takut dilihat campur tangan dalam proses demokrasi dalaman negara, Kerajaan Malaysia sebenarnya tmenolak lawatan oleh pemimpon asing atas sebab itu.
18. Jadi, adakah Perdana Menteri telah dihina? Jadi, sebagai permulaan, beliau adalah satu-satunya pemimpin ASEAN yang dijemput untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia di Sydney bulan lepas, dan penganjur beberapa persidangan antarabangsa utama akan datang sedang merayu beliau untuk hadir. Jadi beliau tidak dihina. Tambahan pula, antara pemimpin asing yang Perdana Menteri menyambut ketibaan mereka di Malaysia tahun lepas ialah:
Raja Arab Saudi, Presiden Perancis, Putera Mahkota Jepun, Raja Bahrain, Perdana Menteri Laos, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Kaunselor Negara Republik Rakyat China Wang Yong, Emir Qatar, Prince of Wales dan Duchess of Cornwall, Presiden Indonesia, Perdana Menteri Maghribi, Presiden Comoros, dan Gabenor Jeneral New Zealand.
19. Ini tidak termasuk pemimpin-pemimpin dunia yang disambut oleh Perdana Menteri secara rasmi pada tahun lalu. Mereka termasuk:
Presiden dan Perdana Menteri China, Presiden Amerika Syarikat, Perdana Menteri Britain, Perdana Menteri India, Perdana Menteri Australia, Presiden Libya, Perdana Menteri Bangladesh, Perdana Menteri New Zealand, Perdana Menteri Papua New Guinea, Presiden Korea, Perdana Menteri Jepun, Perdana Menteri Sri Lanka, Presiden Maldives, Presiden Vietnam, dan Sultan Brunei.
20. Ini hanya sebahagian daripada senarai, dan tidak termasuk ramai lagi pemimpin dunia yang Perdana Menteri bertemu pada sidang kemuncak. Ia adalah senarai yang banyak. SCMP mungkin tidak sedar bahawa Perdana Menteri mempunyai tugas untuk dilakukan, selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin asing. Tetapi sudah tentu mereka sedar ini. Mereka sebaliknya hanya ingin menyiarkan berita palsu.
21. Artikel itu juga mengandungi kesilapan lain begitu serius untuk ditakrifkan sebagai berita palsu.
22. Sebagai contoh, ia berkata “terdapat spekulasi bahawa kerajaan Najib mendapatkan khidmat firma Cambridge Analytica, syarikat yang terlibat dalam kontroversi global mempengaruhi keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat.”
23. Tidak ada keperluan untuk spekulasi, sebagai penulis, jika beliau perlu mengetahui fakta. Kerajaan dan syarikat induk Cambridge Analytica, SCL Group, telah mengesahkan bahawa syarikat itu tidak pernah diberi kontrak untuk atau dibayar oleh Barisan Nasional atau Kerajaan. Malah, ketua Cambridge Analytica /SCL Group di Malaysia secara terbuka mengesahkan bahawa satu-satunya orang yang mendapatkan khidmat nasihat mereka ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir – Timbalan Presiden PPBM, dan anak Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jadi ini adalah lebih berita palsu.āāāāāāāāāāāāāā
24. SCMP pernah menjadi akhbar serantau yang dihormati, dan beberapa rakyat Malaysia yang membaca laporannya mungkin berfikir secara naif bahawa mereka boleh mempercayainya. Malangnya, ini tidak lagi terjadi.
25. Seperti beberapa penerbitan dan media antarabangsa, fakta dan proses dan etika kewartawanan tidak lagi “suci”. Kecuaian dalam Kewartawanan dan kempen memburuk-burukkan telah menular dalam artikel mereka. Baca contoh yang saya berikan di atas, bagi bagi SCMP dan kes-kes lain. Sama ada mereka sengaja atau cuai, mereka adalah contoh maklumat salah. Ini adalah berita palsu. Ia adalah bahaya kepada kita semua. Dan Kerajaan Malaysia, bersama-sama dengan kerajaan lain di seluruh dunia, tidak akan teragak-agak untuk mengambil langkah yang perlu menjelang pilihan raya bagi memastikan demokrasi tidak diracuni dengan pembohongan, kepalsuan, kempen memburuk-burukkan dan andaian.
26. Satu-satunya orang yang perlu takut kepada Rang Undang-Undang Antberita Tidak Benar 2018 bukan mereka yang menyampaikan pendapat secara jujur, dan melaporkan secara cermat dan benar mengikut protokol kewartawanan. Tidak, orang yang perlu takut adalah mereka yang menyiarkan atau menyampaikan berita palsu – atau pembohongan, kepada anda dan saya. Jika kita dikritik kerana berada di pihak yang benar, biarkanlah. Itulah kritikan yang boleh kita terima dengan hati yang baik. Dan kami tidak akan berhenti mengkritik mereka yang mengelirukan fakta – kerana kami yakin – dengan memutar-belitkan fakta dan memperdayakan orang ramai, mereka akan meruntuhkan demokrasi untuk kepentingan diri mereka sendiri.
27. Kisah sebenar Malaysia ialah sejak Perdana Menteri mengambil alih jawatan pada tahun 2009, Pendapatan Negara Kasar Malaysia telah meningkat sebanyak lebih daripada 50 peratus, hampir 2.7 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan, pengangguran dan inflasi telah kekalo rendah, dan kemiskinan mutlak hampir dihapuskan. Ekonomi Malaysia berkembang begitu pantas tahun lepas sehingga Bank Dunia telah meningkatkan anggarannya tiga kali 2017, dan itupun angka sebenar, pada 5.9 peratus, melebihi ramalan akhir mereka.
28. Pelan kerajaan bagi kesejahteraan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya kini dalam pelaksanaan. Seperti Tabung Kewangan Antarabangsa melaporkan pada awal Mac 2018: “Negara berada di landasan untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi.”
29. Ini adalah fakta, dan mereka dan mereka sahaja yang perlu memaklumkan kepada perdebatan di negara ini dan di luar negara. Rakyat Malaysia sekurang-kurangnya berha mendapatkan maklumat yang betul. adalah kurangnya rakyat Malaysia berhak. Pembangkang dan beberapa organisasi media yang menyokong mereka seolah-olah tidak bersetuju. Mereka mungkin lebih suka memutar-belitkan, memburyuk-burukkan dan pembohongan secara terang-terangan – tetapi Kerajaan akan terus berusaha ke arah kebenaran.
āāāāāāāSalleh Said Keruak,
Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Malaysia