Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Laporan Akhir Pengauditan 1MDB...

KUALA LUMPUR - Pembentangan laporan akhir pengauditan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development...

Tiada Baucar Buku Beri...

KUALA LUMPUR - Penerbit buku mengakui ketiadaan baucar buku banyak memberi kesan kepada...

JAWI Diarah Bantu Urus...

KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Pergaduhan: Warga Sri Lanka...

IPOH - Seorang lelaki warganegara Sri Lanka ditahan reman tujuh hari bermula hari...

Berjalan Kaki 5,000KM Dari Sweden Ke Palestin

MESKIPUN jauh lima ribu kilometer, seorang aktivis kemanusiaan Sweden tekad mahu mengembara secara berjalan kaki dari negaranya menuju ke Palestin.

Lapor portal berita AlJazeera, Benjamin Ladraa, 25, telah mengambil keputusan tersebut kerana tersentuh dengan pengalaman selama tiga minggu ketika dia pernah berada di bumi Palestin sebelum ini.

Lebih mengagumkan lagi apabila warganegara Sweden itu mengangkat nama Palestin dengan membawa bendera dan keffiyeh Palestin sepanjang perjalanannya waima dia berketurunan Yahudi.

Perjalanan yang telah dilaluinya merentasi Jerman, Austria, Slovenia, Croatia, Serbia dan Bulgaria mengambil masa selama lapan bulan dengan hanya berjalan kaki.

Dia sebenarnya telah memulakan perjalanan dari Gothenburg, Sweden, pada 8 Ogos tahun lepas dan perlu berjalan sejauh 30 hingga 50 kilometer jarak setiap hari.

Sepanjang pengembaraan, Ladraa berkongsi gambar menerusi akaun Facebook dan Instagram dengan hashtag #WalkToPalestine sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di sana.

“Perjalanan diteruskan menerusi Bulgaria, Turki, Syria, Lubnan dan sekali lagi melalui Syria ke Jordan. Jika saya tidak dapat masuk ke Palestin, saya akan memaklumkan kepada media,” katanya.

Menurutnya lagi, setiap hari adalah pengalaman yang berbeza bagi dirinya. Kadang-kadang dia pernah tidur di dalam khemah atau asrama.


Makan malamnya adalah makanan dalam tin yang dimasak menggunakan unggun api dan akan makan bersama dengan orang yang dia jumpai sepanjang perjalanan.

Antara cabaran terbesar yang telah dilaluinya, dia telah ditahan oleh pengawal kedutaan Israel di Prague, Republik Czech kerana membawa bendera Palestin.

Dia bagaimanapun telah dibebaskan selepas pemeriksaan pihak skuad bom memastikan dia tidak berbahaya.

Kini, Ladraa telah berjaya sampai ke wilayah Duzce, Turki pada Ahad lalu dan akan diteruskan ke Ankara sebelum melalui Syria dan Lubnan untuk sampai ke Palestin sekitar Jun atau Julai. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori