Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Iskandar Hasrat Baiki Ranking...

KUALA LUMPUR - Walaupun tidak lagi di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM),...

Guna RM5 Bilion Dana...

PUTRAJAYA - Penggunaan dana RM5 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk...

Tajuk Akhbar Kosmo! Undang...

INILAH yang dikatakan seumpama 'terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak kata buruk padahnya'. Tindakan...

Covid-19: 2,430 Kes Baru,...

Sebanyak 2,430 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,497,212 kes.Ikuti...

Berkat Usaha Keras, Abam Kini Susut 11 Kilogram!

KEGIGIHAN pelawak popular, Abam Bocey perlu dipuji apabila dia telah berjaya menurunkan sebanyak 11 kilogram berat badannya selepas dua minggu mengikuti pelan diet.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan telah mengikuti senaman dalam talian sambil dipantau oleh jurulatih kecergasan, iaitu Coach Fadzil Shar.

Dalam masa yang sama, tujuan Abam ingin menurunkan berat badannya ialah disebabkan keinginannya sendiri dan bukanlah kerana desakan oleh sesiapa.

“Tuntutan kerja lakonan mendorong saya untuk menurunkan berat badan. Saya tak boleh cepat mengah kerana kerjaya ini memerlukan pergerakan yang aktif.

“Saya mahu jadi pelakon serba boleh dan tidak terbatas dengan watak tertentu saja… Kalau boleh saya nak jadi pelakon aksi. Mungkin keinginan itu dilihat mustahil, tapi saya sentiasa percaya kepada keajaiban,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Sebelum memulakan senaman itu, berat badan Abam ialah 188 kilogram dan kini Abam boleh tersenyum bangga selepas dia berjaya susut kepada 177 kilogram!

Selain itu, pelan diet dan senaman yang diambil oleh pelawak dan pelakon itu turut dikendalikan secara berkumpulan seramai 40 orang.

Disebabkan itu, dia berasa lebih bersemangat dalam misi menjayakan hasratnya itu.

“Memang pernah berputus asa hendak kurangkan berat badan. Tapi apabila berada dalam pasukan yang selalu berhubung di aplikasi WhatsApp dan media sosial, kita jadi bersemangat. Mood datang setiap hari dan mahu bersaing sesama kami,” ujarnya lagi.


Tambah Abam, mereka turut berentap sesama sendiri bagi mencapai berat badan yang ideal, lebih-lebih lagi apabila segala rutin senaman dan diet mereka turut dipantau oleh jurulatih.

Namun, pelawak berusia 30 tahun itu sering ‘diuji’ dengan nafsu makan yang sering ‘menggodanya’ tetapi disebabkan telah berpegang pada janji, Abam tetap tabah melawan segala macam dugaan yang menanti dirinya.

Abam turut dikenali dengan slogam ‘Gemuk Is Awesome’ dan dengan slogan itu, dia menjadikan ia sebagai pencabar buat dirinya untuk terus mencapai misinya!

Apabila disentuh soal cahaya mata, Abam bukanlah seorang yang terburu-buru dan dia percaya bahawa rezeki anak pasti akan datang tidak lama lagi.

Tanggal 8 Disember lalu telah menjadi saksi pertemuan dua hati antara Abam dan isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali.

Pada Aidilfitri ini, Abam bakal muncul dengan telefilem 3 Bahalol yang akan dibintangi oleh pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori