Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kemaluan Pasangan Warga Itali...

Kisah malang ini memberi definisi baru kepada istilah 'berkepit macam belangkas'.Sepasang kekasih warga...

Skandal Seks Putera Andrew...

LONDON – Istana Buckingham semalam mengeluarkan kenyataan bantahan terhadap tuduhan seorang wanita Amerika...

Mayat Ditemukan Sah Syed...

KUALA LUMPUR - Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di...

Serang Akhbar Charlie Hebdo...

KUALA LUMPUR - DAP menyifatkan serangan bersenjata ke atas pejabat akhbar mingguan Charlie...

Beruang Kutub Tropika Tertua Dunia Disuntik Mati

SATU-SATUNYA beruang kutub yang pernah dilahirkan di kawasan tropika akhirnya telah disuntik mati di Singapura dalam usianya mencecah 27 tahun.

Lapor BBC, beruang kutub tropika diberi nama Inuka itu merupakan spesies tertua di dunia dan dipercayai mengidap penyakit arthritis, masalah pergigian dan jangkitan telinga.

Kelemahan anggota badannya menjadi penghalang untuk bergerak.

“Kami sepakat membuat keputusan yang sukar kerana keadaan kesihatannya yang tidak dapat dipulihkan. Inuka dimatikan atas dasar kemanusiaan,” kata Zoo Singapura dalam satu kenyataan.

Inuka telah dilahirkan pada 26 Disember 1990 yang meupakan beruang kutub keempat di Zoo Singapura. Ia telah ditempatkan di kandang yang dikawal iklim sejuk.

Kehadiran Inuka sangat popular di zoo itu dengan kedatangan pengunjung sehinggakan hari lahirnya yang ke-27 pada 26 Disember lalu disambut dengan kek hari jadi yang diperbuat daripada agar-agar dan dihiasi dengan kepala ikan salmon untuknya.

Baca : Beruang Kutub Singapura Kini Tertua Di Dunia


Bagaimanapun, keberadaannya di zoo tersebut menjadi kontroversi dalam kalangan aktivis haiwan pemuliharaan.

Keadaan suhu Singapura di dalam kawasan khatulistiwa yang jarang berada di bawah 25 darjah Celsius menjadikan lokasi yang tidak sesuai buat beruang kutub berkenaan.

Hayat biasa bagi beruang kutub di dalam zoo adalah kira-kira 24 tahun.

Terdahulu, seekor beruang tertua di dunia berumur 32 tahun telah disuntik mati di Amerika Syarikat pada Februari lalu juga atas sebab kesihatan haiwan tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori