Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jangan Politikkan Laporan RCI...

KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk...

Ikan Buntal Beracun Jadi...

SEDAP... Apabila disebut ikan buntal, ramai orang pasti terbayang hidupan laut yang berduri...

Wanita Warga Emas Lahirkan...

"IA lebih sukar daripada apa yang saya bayangkan,'' demikian kata warga emas ini,...

Singapura Bina Hentian Bas...

INOVASI... Dua tahun lalu, masyarakat Singapura gempar dengan penemuan saintifik pasukan penyelidik luar...

“Biblioburro” Perpustakaan Keldai Bergerak Di Colombia

PERPUSTAKAAN di Malaysia kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan teknologi dan direktori tajuk buku agar mudah didapati pengguna.

Namun, di wilayah La Gloria, Colombia terdapat sekumpulan para pelajar sangat sukar untuk mendapatkan pendidikan yang baik kerana ketiadaan buku dan perpustakaan, lapor BBC News.

Bagi menangani masalah tersebut, seorang guru Sepanyol di wilayah ini, Luis Soriana Bohorquez memutuskan untuk membantu pelajar-pelajarnya mendapatkan bahan bacaan.

Dia telah mencipta perpustakaan bergerak dengan menggunakan dua ekor keldainya, Alfa dan Beto yang sebelum ini digunakan sebagai mengangkut air telah membawa buku-buku yang diperlukan oleh pelajar-pelajarnya dan dinamakan sebagai ‘Biblioburro’ (keldai buku).

Luis Soriana mempunyai buku lebih 3,000 buah dengan 1,700 buah boleh digunakan untuk kanak-kanak. Buku-buku yang dimilkinya terdiri daripada buku geografi, bahasa Sepanyol, kamus, buku sejarah dan buku cerita kanak-kanak.

Dengan dua ekor keldainya, Luis Soriana akan mengunjungi kawasan pendalaman wilayah tersebut berjumpa dengan pelajar-pelajarnya seramai 25 orang, berumur antara enam hingga 12 tahun.


Luis Soriana telah mengajar kanak-kanak di situ menggunakan buku yang dibawanya dalam kelas yang sama.

“Kanak-kanak itu sangat gembira apabila mereka dapat melihat buku, umpama satu kejutan bagi mereka.

“Mereka mengambil setiap buku yang dibawa dan berkongsi melihatnya walaupun tidak memahami apa yang dinyatakan dalam buku itu,” katanya.

Biblioburro akan hadir di sekolah tersebut beberapa kali dalam tempoh seminggu. Penantian perpustakaan keldai bergerak itu sangat dinantikan oleh kanak-kanak di sana. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori