Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

PTSS Bakal Terima 995...

KANGAR - Lima belas orang kurang upaya (OKU) antara 995 pelajar yang bakal...

48,000 Stok Ubat Paxlovid...

PETALING JAYA: Syarikat farmaseutikal tempatan, Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. (Pharmaniaga) menerima sebanyak 48,000...

Aliran Trafik Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat...

Jenazah Ibu Menteri Komunikasi...

KOTA BELUD - Jenazah Toh Puan Hajah Bandong Hasbollah, ibu kepada Menteri Komunikasi...

BN Ledang Ada Strategi Kalahkan Muhyiddin – Hamim

MUAR – “Kita ada strategi yang dia tidak tahu,” demikian respons penyandang Parlimen Ledang terhadap kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Datuk Hamim Samuri berkata strategi mutakhir yang dirancang itu bagi memastikan kekalahan mana-mana calon pakatan pembangkang di kawasan Parlimen berkenaan.

“BN ada strategi tertentu pastikan mereka (calon pembangkang) kalah dalam PRU14 9 Mei ini.

ā€œTan Sri Muhyiddin pun tahu (strategi BN sebelum ini) sebab dia pernah jadi timbalan presiden (UMNO), tapi ada strategi mutakhir yang dia tidak tahu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Pengeluaran Spesies Pokok Hutan (PPSPH) Ledang di Bukit Gambir dekat sini, hari ini.

Muhyiddin, presiden Parti Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu majlis di Bukit Gambir semalam memberi bayangan akan bertanding di DUN Gambir selain bertanding di satu kerusi Parlimen.

Sementara itu, Hamim yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata PPSPH Ledang diharap dapat menjadi sebuah pusat pengeluaran pokok hutan terkenal dengan penglibatan masyarakat di kawasan itu.

Katanya, untuk memastikan kelestarian khazanah tersebut, seramai 62 usahawan yang menanam pokok hutan juga sudahpun dilahirkan melalui satu program pada 20 Feb lepas.


ā€œSelaras dengan keputusan kerajaan untuk menjadikan subjek alam sekitar dalam sukatan mata pelajaran sekolah mulai tahun depan, saya berharap pihak jabatan pendidikan negeri dapat merangka aktiviti berterusan dengan pelajar sekolah untuk menggunakan kemudahan ini (pusat) sebaiknya,” katanya.

Antara spesies pokok yang ditanam di pusat berkenaan ialah cengal, meranti dan mentega.

Pada majlis itu, Jabatan Mineral dan Geosains turut menghadiahkan sebuah telaga tiub untuk dimanfaatkan pusat berkenaan. – BERNAMA

Kategori