Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ahmad Zahid Tiba Di...

BEIJING — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di...

Wany Tak Mahu Ibunya...

LUMRAH menjadi selebriti adalah menghadapi situasi sukar berupa gosip murahan yang sengaja diada-adakan...

Majlis Perkahwinan Bertemakan Filem...

UMUM mengetahui sememangnya kini 'demam' filem Star Wars: The Force Awakens sedang melanda...

Rafizi Diminta Henti Campur...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah meminta Ahli Parlimen Pandan, Rafizi...

BN Letak Pendidikan Sebagai Aspirasi Tertinggi

MELAKA – Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan pendidikan sebagai aspirasi tertinggi bagi memastikan kecemerlangan masa depan anak bangsa, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Justeru, beliau berkata program seperti Jelajah Pendidikan Bumiputera Negeri Melaka 2018 mencerminkan bahawa pendidikan menjadi keutamaan BN dalam pembangunan negara supaya terus kekal bergerak ke hadapan setanding dengan negara maju lain.

“Kepentingan pendidikan dapat dilihat apabila setiap tahun kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar dalam bajet sektor pendidikan tanpa memandang kepada risiko yang bakal dihadapi.

“Sekiranya kita mengabaikan pendidikan ini bererti kita telah mengekang pencapaian negara yang lebih besar serta menyekat keperluan individu sama ada untuk kepentingan peribadi mahupun masyarakat,” katanya ketika berucap pada Jelajah Pendidikan Bumiputera Negeri Melaka 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah di sini hari ini.

Turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera Prof Emeritus Tan Sri Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar.

Idris berkata hal ini juga membuktikan bahawa kerajaan memandang berat kepada output penghasilan modal insan yang dapat memberi impak besar kepada pembangunan negara seiring dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).


Beliau berkata usaha yang dilaksanakan adalah demi memperkasa sistem pendidikan negara, di peringkat pengajian tinggi, seterusnya, mendukung aspirasi kepimpinan negara bagi melahirkan rakyat yang berdaya saing dan berdaya maju di Malaysia mahupun di peringkat global.

Sementara itu, Idris berkata pihaknya telah menerima 62 cadangan untuk manifesto BN Melaka yang bertemakan ‘Bersama Mencipta Kegemilangan’ yang antara lain fokus untuk mengembalikan semula kegemilangan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa.

“Kami di peringkat negeri akan berusaha untuk melaksanakan kesemua cadangan yang telah diberikan itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori