Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Prasarana Peruntuk RM90j Naik...

KUALA LUMPUR - Syarikat milik kerajaan, Prasarana Malaysia Bhd akan memperuntukkan RM90 juta...

Pembantu Domestik: Cadangan Kenaikan...

KUALA LUMPUR - Cadangan Indonesia untuk menaikkan gaji pembantu domestik kepada RM1,200 adalah...

Pakatan Harapan Akan Terima...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan tidak ubah seperti Pakatan Rakyat dan tiada jaminan...

Abang Meninggal Dunia, Aisya...

PELAKON drama Romi Cinta Julia, Aisya Hasnaa mengesahkan dirinya kini sudah bertudung litup...

BN Optimis Mampu Pertahan DUN Bukit Lada

POKOK SENA – Barisan Nasional (BN) optimis mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada berdasarkan semangat juang yang tinggi diterapkan dalam gerak kerja anggota jentera parti sejak sekian lama.

Calon BN bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Datuk Ariffin Man berkata gerak kerja jentera parti itu turun padang memberikan khidmat kepada rakyat bukannya baru bermula hanya untuk menghadapi pilihan raya umum sebaliknya sudah lama bekerja iaitu lebih lima tahun membantu rakyat.

“Alhamdulillah (proses) penamaan calon selesai…kita yakin dan percaya dapat mempertahankan (kerusi DUN) Bukit Lada, jentera parti yang cukup bersemangat dan bertungkus lumus membuat kerja, kita bekerja dah lama, lima tahun lebih,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.

Kerusi DUN Bukit Lada menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mohd Aizad Roslan (PKR-PPBM), Ariffin, Datuk Mohd Ismail Othman (Bebas) dan Salim Mahmood (PAS).

Kerusi DUN Bukit Lada dimenangi Datuk Ahmad Lebai Sudin daripada BN pada PRU13 namun namanya digugurkan sebagai calon bagi PRU14. – BERNAMA

Kategori