BERSEDIA… Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menampilkan 60 peratus muka baharu termasuk tujuh calon berusia bawah 40 tahun bagi menghadapi Pilihan Raya UmumĀ (PRU) Ke-14.
Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow, berkata secara keseluruhan pihaknya menampilkan 53 calon dengan 31 calon daripada keseluruhannya merupakan pertama kali bertanding.
Katanya pada sidang media di Pejabat Parti Gerakan Pulau Pinang di George Town hari ini, 10 calon adalah penyandang kerusi dan 12 calon lagi bertanding semula.
“Kita turun dengan mentaliti untuk menang dan berharap pengundi dapat memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini, katanya yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bunga.
“Kita juga berterima kasih kepada Ketua Pembangkang DUN, Datuk Jahara Hamid yang tidak mempertahankan kerusinya Teluk Air Tawar pada kali ini,” kata Chang Yeow.
Selain Jahara, dua lagi penyandang yang digugurkan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Datuk Omar Abdul Hamid dan ADUN Bayan Lepas, Datuk Nordin Ahmad.
Sementara itu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada sidang media sama berkata, pihaknya menampilkan lapan muka baharu dan dua calon semula.
“Kita mengekalkan 10 penyandang kerusi dan berharap gandingan muka lama serta baharu ini dapat membantu BN untuk menawan kembali Pulau Pinang.
“Kita juga bersedia hadapi siapa sahaja di Parlimen Permatang Pauh dan jangka pertandingan sengit akan berlaku,” katanya merujuk BN diwakili Ketua UMNO Bahagiannya, Mohd. Zaidi Mohd. Said.
Antara dikekalkan ialah Datuk Reezal Marican Naina Marican (Kepala Batas), Datuk Shabudin Yahaya (Tasek Gelugor) dan Datuk Dr. Hilmi Yahaya (Balik Pulau).
Sementara itu, MIC turut āberwajah baharuā apabila meletakkan 100 peratus muka baharu untuk bertanding kerusi DUN Perai dan Bagan Dalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
P.041 KEPALA BATAS: Reezal Merican Bin Naina Merican
N.01 PENAGA: Mohd Zain Bin Ahmad
N.02 BERTAM: Shariful Azhar Bin Othman
N.03 PINANG TUNGGAL: Roslan Bin Saidin
P.042 TASEK GELUGOR: Shabudin Bin Yahaya
N.04 PERMATANG BERANGAN: Nor Hafizah Binti Othman
N.05 SUNGAI DUA: Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor
N.06 TELOK AYER TAWAR: Zamri Bin Che Ros
P.043 BAGAN: Lee Beng Seng
N.07 SUNGAI PUYU: Lim Hai Song
N.08 BAGAN JERMAL: Ang Chor Keong
N.09 BAGAN DALAM: Dhinagaran A/L Jayabalan
P.045 BUKIT MERTAJAM: Gui Guat Lye
N.13 BERAPIT: Goh Swee Gim
N.14 MACHANG BUBUK: Tan Teik Cheng
N.15 PADANG LALANG: Kuan Hin Yeep
P.046 BATU KAWAN: Jayanthi Devi A/P Balaguru
N.16 PERAI: Suresh A/L Muniandy
N.17 BUKIT TENGAH: Thor Teong Gee
N.18 BUKIT TAMBUN: Hartini Tan Abdullah
P.047 NIBONG TEBAL: Shaik Hussein Bin Mydin
N.19 JAWI: Kiew Hen Chong
N.20 SUNGAI BAKAP: Mohamed Sani Bin Bakar
N.21 SUNGAI ACHEH: Mahmud Bin Zakaria
P.048 BUKIT BENDERA: Andy Yong Kim Seng
N.22 TANJONG BUNGA: Teng Chang Yeow
N.23 AIR PUTIH: Tang Heap Seng
N.24 KEBUN BUNGA: OII ZHI YI
N.25 PULAU TIKUS: Loo Jieh Sheng
P.049 TANJONG: Ng Siew Lai
N.26 PADANG KOTA: Hāng Khoon Leng
N.27 PENGKALAN KOTA: Lim Swee Bok
N.28 KOMTAR: Tan Hing Teik
P.050 JELUTONG: Baljit Singh A/L Jigiri Singh
N.29 DATOK KERAMAT: Lee Boon Ten
N.31 BATU LANCHANG: Koo Pei Chee
P.051 BUKIT GELUGOR: Low Joo Hiap
N.32 SERI DELIMA: Khoo Kay Teong
N.33 AIR ITAM: Tan Kah Leong
N.34 PAYA TERUBONG: Wong Chin Chong
P.052 BAYAN BARU: Chuah Seng Guan
N.35 BATU UBAN: Hng Chee Wey
N.36 PANTAI JEREJAK: Oh Tong Keong
N.37 BATU MAUNG: Liakat Ali Bin Mohamed Ali
P.053 BALIK PULAU: Hilmi Bin Yahaya
N.38 BAYAN LEPAS: Rusli Bin Hashim
N.39 PULAU BETONG: Muhamad Farid Bin Saad
N.40 TELOK BAHANG: Shah Haedan Bin Ayoob Hussain Shah.