Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mahathir Pengerusikan Mesyuarat Majlis...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir...

Kolaborasi Kerabat Diraja Dengan Jovian...

“BAGAIKAN puteri, kisah khayalan yang hidupnya suci dan sempurna…” terus terasa hendak menyanyi...

Jangan Ambil Sikap ‘Tunggu...

PASIR PUTEH - Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menggesa penduduk yang tinggal...

Maybank Akan Kembangkan Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Maybank Bhd merancang untuk mengembangkan penggunaan aplikasi yang baru dilancar,...

BN Perak Selesai Pembahagian Kerusi DUN

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak telah menyelesaikan isu pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata tiada lagi perebutan kerusi melibatkan parti-parti komponen di negeri ini, sebaliknya ia lebih kepada proses mengemas kini senarai calon yang telah diputuskan.

“Di peringkat BN Perak kita telah pun membuat persiapan (PRU14) dan bersiap sedia termasuk menyelesaikan dari segi logistik, telah siapkan senarai-senarai calon. Yang pasti kita susun semua (calon) untuk menang dan boleh membentuk kerajaan.

“Mengenai perubahan kerusi ke kita akan umumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menteri Besar berkata calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum nanti turut merangkumi muka baharu kerana ia merupakan proses pembaharuan dan peremajaan.

“Akan ada mereka (calon) yang telah berkhidmat lama dan beri ruang kepada muka-muka baharu atau mereka yang kita dapati prestasi tidak begitu baik, maka kita akan ganti mereka,” katanya sambil menambah beliau tidak menolak kemungkinan akan ada anggota DUN bertanding di kerusi Parlimen.

Dalam pada itu, Zambry memberitahu sebaik sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen, Perak kemudiannya akan menyusul melakukan pembubaran DUN.


“Sebaik sahaja pengumuman pembubaran (Parlimen) diumumkan, maka saya akan menghadap Sultan Perak (Sultan Nazrin Shah) dan akan menyusul perkara yang sama (pembubaran), maknanya tidak ada waktu lain untuk kita mengadakan pilihan raya yang lain pula di negeri Perak,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri Perak dijangka akan diadakan sekali lagi sebelum menjelang PRU14.

“Saya berasa bangga kerana dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja kita telah berjaya menguruskan fail-fail yang dikemukakan untuk kelulusan dan perhatian dengan efektif dan efisyen.

“Kerajaan negeri akan terus bekerja disebalik melakukan persiapan terakhir untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang,” katanya. – BERNAMA

Kategori