Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mengapa Perang Rusia-Ukraine Rapat...

Kerana pada 17 Julai 2014, penerbangan MAS MH17 telah ditembak jatuh di wilayah...

Sekretariat Suara Rakyat Lapor...

PUTRAJAYA - Sekretariat Suara Rakyat hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

Wanita Mati Lemas Gara-Gara...

KELEKAAN menggunakan telefon bimbit akhirnya membawa padah kepada seorang wanita di China apabila...

Serang Bomba: Pelaku Akan...

PUTRAJAYA - Polis akan memburu dan membawa ke muka pengadilan perusuh yang menyerang...

BN Tak Ada Masalah Tentukan Agihan Kerusi

PUTRAJAYA – Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah dalam menentukan pembahagian kerusi untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata ini kerana BN mengamalkan kaedah perbincangan dan persetujuan bersama di antara parti komponen dalam menentukan calon wakil rakyat yang akan bertanding pada PRU nanti.

“Tiada masalah di antara parti komponen kerana kita merupakan gabungan yang akur pada konsensus. Apa yang kami buat adalah berdasarkan kepada konsensus, semua mesti bersetuju kerana itu adalah konsep kita,” katanya kepada media pada Majlis Penutup Karnival Kad Ceria di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas seruan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam agar parti komponen BN mengelak perbalahan dalam menentukan calon khususnya di kerusi-kerusi tradisi.

“Jangan kerana TPM cakap macam tu, anda membuat persepsi bahawa ada masalah di antara (parti) komponen. Tidak ada masalah malah kita berbincang dengan mereka, kalau kerusi itu parti kamu boleh menang kamu ambil, kalau tak boleh bagi balik kepada sesiapa (parti komponen lain) yang boleh menang,” katanya.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan melancarkan penggunaan aplikasi Ceria 1WP pada Majlis Penutup Karnival Kad Ceria itu.


Katanya menerusi aplikasi tersebut orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai rakan dagang dan tawaran diskaun yang boleh diakses melalui telefon pintar.

“Sebanyak 10,086 rakan dagang bekerjasama dengan kementerian bagi menawarkan pelbagai diskaun menarik untuk pemegang kad ceria ini,” katanya.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mac itu antara lain merupakan inisiatif kementerian dalam usaha menangani kos sara hidup dan membantu warga kota dalam merancang dan mengurus perbelanjaan harian secara berhemah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN

Kategori