Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Wan Ariff: Coolest Man...

BUKAN mudah menjadi lelaki matang. Menjadi dewasa dan tenang dalam menangani masalah. Takat...

UiTM Lancar Program Diploma...

PETALING JAYA - Dalam usaha meningkatkan tahap profesional pemain bola sepak negara, Universiti...

Beras Faiza Tiada Kaitan...

SYARIKAT Faiza Sdn Bhd (SFSB), pengeluar beras jenama Faiza menafikan bahawa pihaknya ada...

Penyanyi Rock Mus May...

PENYANYI rock terkenal Mus May berada dalam keadaan koma dan dikejarkan ke Hospital...

BN Terus Berjuang Martabat Golongan Wanita

KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) akan terus memastikan martabat wanita Malaysia akan terus diperjuangkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Perdana Menteri yang membuat kejutan apabila muncul pada majlis Wanita Ratu Hati Negaraku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini memberikan komitmen berkenaan dalam ucapan ringkasnya di mana beliau turut melahirkan penghargaan kepada kaum wanita Malaysia.

“Saya cuma hendak katakan bagi pihak kerajaan BN apa saja terkandung dalam manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menunjukkan wanita bukan sahaja ratu hati negara tapi tiang tunjang negara,” katanya lagi.

Jelas Perdana Menteri, BN akan pastikan wanita Malaysia dapat memainkan peranan yang lebih bermakna sebagai ibu, isteri dan wanita bekerjaya.

Dalam manifesto BN yang diumumkan Najib baru-baru ini, sebanyak 74 daripada 364 inisiatif adalah mengenai dan berkaitan dengan wanita, termasuk 25 pengisian khusus untuk kaum hawa.

Antaranya, dalam akujanji tersebut, BN komited memastikan 30 peratus representasi wanita di Dewan Negara melalui pindaan Perlembagaan.

“BN akan pastikan lebih ramai wanita berpeluang naik pangkat, kemudahan untuk usahawan wanita mencari rezeki dan peluang untuk wanita menjadi pemimpin,” katanya lagi.

Majlis itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis Wanita Ratu Hati Negaraku bertujuan menzahirkan inisiatif dalam Manifesto BN PRU14 yang menyentuh wanita dan merupakan majlis penggulungan mengenai kepentingan wanita dalam manifesto tersebut.


Pada majlis yang bertemakan Wanita Bahagia, Wanita Berjaya itu,Ketua Wanita BN Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memperjelas perancangan BN untuk memperkasakan dan memartabatkan wanita Malaysia.

Berdasarkan data, hampir 50 peratus atau 15.3 juta daripada 31.7 juta penduduk Malaysia adalah perempuan.

Perdana Menteri ketika mengumumkan manifesto BN pada 7 April lepas menggariskan 14 teras utama yang bermula dengan fokus kepada golongan wanita dan kaum ibu memandangkan tahun 2018, diisytiharkan sebagai Tahun Memperkasa Wanita.

Najib turut menyatakan komitmen BN untuk memperkasa wanita sebagai isteri, ibu, anak dan wanita bekerjaya bagi membolehkan mereka mengimbangi peranan dan tanggungjawab.

Manifesto BN turut melibatkan objektif untuk melahirkan ribuan wanita profesional dan berjaya dalam bidang korporat, penjawat awam, politik dan kepimpinan. — BERNAMA

Kategori