Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tidak Cadang Laksana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang melaksanakan polisi berkaitan Tempoh Jangka Hayat Kenderaan...

AMK Tegas Pertahan Kepimpinan...

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertegas mempertahankan kestabilan kerajaan Persekutuan di...

USJT Bukit Aman Siasat...

Petaling Jaya : Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung penyebaran kononnya fakta siasatan...

Erma Fatima Tak Jadi...

SETELAH berfikir panjang, pengarah dan pelakon Erma Fatima akhirnya mengambil keputusan tidak meneruskan...

BN Terus Memacu Rakyat Ke Arah Kemajuan

KUALA LUMPUR – Komitmen Barisan Nasional (BN) yang konsisten dari segi mengutamakan keperluan rakyat menjadi faktor penting dalam membentuk keyakinan dan persepsi rakyat.

Itulah sentimen yang dikongsi penyokong BN yang hadir untuk mengikuti pelancaran Manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Kinabatangan, Wan Daud Wan Kahar berkata kandungan manifesto bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ adalah bersifat inklusif kerana ia memperhebat pelbagai aspek pembangunan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Saya dengar ada 24 elemen yang diumumkan untuk Sabah dan Sarawak. Yang paling saya sokong ialah meluaskan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM2.3 bilion.

“Selama BN memerintah, boleh saya katakan 80 peratus pembangunan infrastruktur telah dibangunkan di Sabah,” katanya.

Pelancaran manifesto yang disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dihadiri lebih 40,000 penyokong BN dari seluruh negara membuktikan tiang yang dipacak sejak enam dekad lalu masih utuh.

Manifesto itu menggarapkan lebih 300 tawaran di bawah 14 teras bagi memenuhi keperluan segenap lapisan masyarakat mencakupi semua peringkat usia.

Siti Shamsiah Ismail, 36, dari Negeri Sembilan merupakan ibu tunggal yang menyara empat anaknya sendirian, berkata penghargaan kerajaan kepada kaum wanita adalah suatu yang meninggalkan kesan dalam dirinya.

“Sebelum ini kami hanyalah wanita yang dipandang enteng oleh masyarakat… dengan pelbagai inisiatif yang diambil kerajaan, kami kini boleh berdiri di atas kaki sendiri,” katanya.

Sementara itu, Lim Chee Kok, 24 berkata manifesto BN untuk meningkatkan gaji minimum kepada RM1,500 dalam jangka masa lima tahun akan datang bakal meningkatkan taraf hidup anak muda.


“Bila anak muda mula bekerja, ramai yang dapat kurang daripada RM1,200. Menerusi peningkatan taraf hidup, pastinya kami menghargai kenaikan gaji ini,” katanya.

Pekerja swasta S. Jeeva, 32, berkata peningkatan jaringan pengangkutan awam merupakan elemen penting menjadi denyut pengangkutan warga kota sepertinya yang bergantung kepada kemudahan pengangkutan awam.

“Saya akan berpindah ke Cyberjaya dalam tempoh dua tahun lagi dan saya gembira kita akan ada perkhidmatan MRT dari sana ke ibu kota,” katanya yang berasal dari Perak.

Ketua Kampung Mentimun Tengah di Kedah, Abdul Rashid Hussain, 64, berkata teras keselamatan rakyat menerusi teras Aman 1Negaraku amat bersesuaian dan dinantikan kerana rakyat ingin hidup dalam keadaan aman sentosa tanpa rasa takut.

“Penambahan kamera litar tertutup berdefinisi tinggi di kawasan-kawasan kerap berlaku jenayah diharap mengurangkan kadar jenayah selain membantu siasatan polis,” katanya.

Suri rumah, Nik Naemah Nik Haikal, 44, berkata teras Hidup Sihat yang memperluas konsep Pasukan Doktor Keluarga Percuma untuk penghidap penyakit kronik merupakan langkah tepat yang dititikberatkan BN yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Manifesto pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah iaitu pemberian pada Jun dan Ogos yang akan digandakan dari RM400 ke RM800 juga dapat meringankan beban rakyat selain anak penerima BR1M yang dapat melanjutkan pendidikan di pusat pengajian tinggi akan menerima RM1,500 secara one-off,” kata ibu kepada enam cahaya mata itu. – BERNAMA

Kategori