Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Putrajaya, Dua...

PUTRAJAYA - Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar Presint 3 dan...

Kanak-Kanak 1 Tahun Mati...

KULAI - Seorang kanak-kanak berusia setahun meninggal dunia dipercayai lemas di dalam kereta...

Kontrak Cinta, Hebat Budak...

ADOI... macam-macam ragam budak sekolah sekarang. Emak ayah hantar pergi sekolah suruh belajar,...

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan...

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Jabatan Penjara...

“Boleh Tahan Ganas Mak Cik Wan Di TKC”

PRESIDEN PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disifatkan sebagai seorang ‘tomboi’ atau wanita yang berperwatakan lelaki ketika masih menuntut di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di Seremban, Negeri Sembilan.

Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, isteri kepada pemimpin de facto PKR itu punyai kelainan tersendiri berbanding rakan-rakannya yang lain sewaktu berada di tingkatan 6 bawah di sekolah perempuan berkenaan.

“Kalau Datin Seri Rosmah dan rakan-rakan lain Di TKC pakai kain batik dan blouse, Mak Cik Wan (Wan Azizah) pula punyai tabiat berlainan.

“Beliau lebih suka pakai kain pelikat dan t-shirt seperti pelajar lelaki. Boleh tahan ‘ganas’-nya Mak Cik Wan ini, patutlah Mak Cik Wan boleh jadi Presiden Parti Baling Kerusi selama bertahun.


“Tak Hairanlah bila Atok Mahathir nak bertanding, Mak Cik Wan yang tandatangan watikah. Memang dia ganas!” katanya menerusi perkongsian status terbaharu yang dimuat naik menerusi laman Facebook.


Riza Mansor berkata demikian ketika mengulas kenyataan Wan Azizah pada sebuah portal pembangkang yang mendakwa dirinya dan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah belajar di sekolah yang sama.

Menurut beliau lagi, Wan Azizah hanya sempat beberapa bulan sahaja menjadi pelajar di sekolah berasama penuh terbaik negeri itu berbanding isteri perdana menteri yang sedia merupakan pelajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam atas. – MYNEWSHUB.CC

Kategori