Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tilly, Si Comel Yang...

KESIAN si kucing comel yang bernama Tilly ini. Meskipun sudah 21 tahun dia...

Singapura Catat Rekod 50...

SINGAPURA - Atlit Singapura mencipta sejarah baharu dalam tempoh dua dekad apabila kontinjen...

2 Lagi Kes Positif...

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Isnin depan berikutan terdapat dua...

Zahid Hadir Malam Cinta...

BAGAN DATOH - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai...

Bot Bawa Rohingya Ditemukan Dekat Krabi

BANGKOK – Penduduk tempatan menemukan sebuah bot membawa etnik Rohingya di Koh Lanta berhampiran wilayah Krabi di selatan Thailand hari ini, yang dipercayai dalam perjalanan untuk ke Malaysia sebelum hujan ribut memaksa bot itu mencari perlindungan sementara di pulau berkenaan.

Gabenor Krabi Lt Kol Kittobodee Prawit, yang mengesahkan penemuan bot diperbuat daripada kayu itu bersama 56 penumpang, berkata adalah tidak jelas bot itu berasal dari mana, tetapi penumpangnya mendakawa mereka dalam perjalanan ke Malaysia.

Penduduk menemukan bot itu pada kira-kira 4 pagi (waktu tempatan) dan memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Mereka (etnik Rohingya) memberitahu pegawai bahawa mereka hendak ke Malaysia, tetapi terpaksa melencongkan bot itu ke Koh Lanta berikutan hujan ribut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurut Kittobodee, penumpang bot itu terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Beliau berkata pihak berkuasa tempatan memberi makanan, pakaian dan bahan bakar kepada etnik Rohingya itu sebelum membenarkan bot berkenaan serta penumpangnya meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Menurutnya, bot berkenaan meninggalkan Koh Lanta pada kira-kira tengah hari.


Sejak beberapa tahun lepas, beratus-ratus ribu etnik Rohingya dari negeri Arakan di Myanmar, terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka berikutan pembunuhan dan pencabulan hak asasi manusia yang didakwa dilakukan tentera negara itu dikenali sebagai Tatmadaw.

Kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya itu dikutuk masyarakat antarabangsa.

Walaupun ramai yang melarikan diri ke sempadan Myanmar-Bangladesh, tetapi beribu-ribu etnik Rohingya lain memilih perjalanan laut penuh berbahaya dengan menaiki bot kayu untuk menyeberang Laut Andaman bagi menuju ke Thailand, Malaysia dan Indonesia untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kekejaman di tanah air sendiri.

Sejumlah besar daripada etnik itu terkorban semasa dalam pelayaran apabila bot usang yang mereka naiki karam akibat dipukul ribut, ditelan ombak dan sebagainya. – BERNAMA

Kategori