Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tinjauan Mesra TPM Di...

SIBU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

Salahuddin Ingatkan Kaum Cina...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kaum Melayu bahawa kaum Cina...

Sadis.. Kanak-Kanak Dipukul &...

OHIO – Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia akibat didera dan dibiarkan...

Anwar Konsisten Jawab Soalan...

SINGAPURA – Pertanyaan mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan...

Bot Tempatan Guna Nelayan Asing Ditahan Di Sedili

JOHOR BAHRU – Kegiatan licik nelayan asing menangkap ikan secara haram menggunakan bot tempatan di perairan timur laut Tanjung Sedili, Kota Tinggi, dekat sini terbongkar apabila diperiksa pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), petang semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Daerah Tanjung Sedili Komander Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata pemeriksaan dilakukan pada 2 petang ketika anggotanya membuat rondaan sempena Ops Perkasa Selatan di kedudukan kira-kira 22.45 batu nautika perairan itu.

“Terdapat 20 kru warga Vietnam yang berusia 18 hingga 51 tahun berada di bot berkenaan. Ketika diperiksa, kesemuanya tidak memiliki permit pekerjaan,”kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bot nelayan yang menggunakan nombor PAF 4555 juga didapati tidak mempunyai sebarang lesen dan dokumen bot.

“Selain itu, ia membawa muatan lebih kurang tiga tan ikan. Justeru, kesemua kru bot telah ditahan dan dibawa ke pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut,” kata beliau.


Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 10 (1)(c) akta sama kerana tiada kebenaran daripada ketua pengarah perikanan untuk mengupah warga asing. – BERNAMA

Kategori