Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Selepas Hina Bugis, Mahathir...

KUALA LUMPUR - "Polis adalah satu institusi yang ramai anggotanya dan besar peranannya....

UMNO Perlukan Kepimpinan Berprinsip...

SEREMBAN – Dalam usaha untuk merawat, memulih dan membangunkan semula parti, UMNO memerlukan...

Brunei Lanjut Tempoh Moratorium...

BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei melanjutkan tempoh moratorium ke atas hukuman mati...

Malaysia Tidak Akan Bankrap...

PARLIMEN l Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan bahawa Malaysia tidak...

Budiman: Masalah Penduduk Sentiasa Di Hatinya

KUALA LUMPUR – Budiman Mohd Zohdi, yang lahir dan membesar di Sungai Besar, Selangor, tidak pernah kering idea untuk mencari ruang bagi mempertingkatkan keselesaan dan taraf hidup masyarakat setempat.

Anggota Parlimen Sungai Besar, yang baharu sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-46 pada 11 Mac lepas berkata beliau sentiasa mengamalkan pendekatan berbeza untuk menyalurkan pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk kawasan parlimennya.

“Contohnya, saya mengadakan ambulans peribadi yang membantu membawa orang kampung yang mempunyai masalah kenderaan untuk mendapatkan rawatan di hospital, selain mewujudkan perkhidmatan pinjaman katil hospital”

“Saya sedar harganya bukan murah apatah lagi jika diperlukan dengan kadar segera. Setakat ini kita telah mempunyai 70 katil untuk pinjaman,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini, hari ini.

Budiman, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sungai Besar pada Jun 2016 berikutan kematian penyandangnya Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon, yang juga daripada BN.

Budiman yang berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru, iaitu daripada calon PAS dan Parti Amanah Negara (PAN), memperoleh majoriti 9,191 undi, sekali gus mengatasi jauh majoriti 399 undi yang diperoleh Allahyarham Noriah pada pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

Beliau yang aktif dalam kegiatan bukan kerajaan berkata amalan politik ‘khidmat bakti’ dengan tagline ‘Terbukti Bekerja’ yang dilakukannya selama ini ternyata mendapat respons yang baik daripada penduduk Sungai Besar.


Menyentuh mengenai pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, Budiman berkata beliau yakin formula 2P iaitu polisi dan personaliti yang diperjuangkannya selama dua tahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu mampu memberikan ‘hasil’ yang baik.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan cabaran buatnya nanti adalah 8,000 pengundi luar yang akan pulang mengundi di Sungai Besar.

Bagaimanapun, beliau percaya usahanya yang sentiasa aktif di media sosial dan sentiasa berhubung dengan pengundi Sungai Besar yang berada di luar kawasan mampu membantunya mengurangkan jurang komunikasi secara bersemuka.

“Semua pilihan raya mencabar tetapi berdasarkan persiapan dan khidmat bakti yang telah kita buat, pada saya ini dinilai oleh rakyat dengan sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori