Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Bagaimana Mahu Baca Mesej,...

KITA sering menyesal apabila memadam mesej WhatsApp sama ada secara sengaja atau tak...

Misteri Kehilangan Isteri Jong-un...

ISTERIĀ Kim Jong-un buat pertama kalinya dilihat di khalayak ramai dalam tempoh empat bulan...

3 Penjenayah Mati Ditembak...

IPOH - Tiga penjenayah dipercayai warga asing, ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan...

Bursa Malaysia Susut Semula

KUALA LUMPUR ā€“ Bursa Malaysia dibuka tinggi namun susut kemudiannya berikutan ketidaktentuan pasaran...

Bukan Luar Biasa Calon BN Tanding Serentak 2 Kerusi

UNIK… Sebenarnya bukan sesuatu luar biasa apabila Barisan Nasional (BN) meletakkan calon yang sama untuk bertanding serentak di kerusi Parlimen dan di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Malah pihak pembangkang juga ada berbuat demikian sejak sekian lama di Pulau Pinang, Perak dan Selangor kerana ia bukan pun amalan salah, kata penyandang kerusi Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Jelas beliau, segala keputusan parti untuk meletakkan calon yang sama turut berdasarkan kepada faktor risiko tidak ada calon sesuai boleh menang di kerusi tersebut.Ā Ia juga mengambil kira kebolehan calon untuk menang.

ā€œJangan ada sangkaan atau andaian (kenapa letak calon sama), sebenarnya kita (BN) pun nak menang. Itu yang lebih penting,ā€ katanya kepada portal tempatan BNBBC.my pada Sabtu.

Shahrir mengulas langkah BN yang julung kali meletakkan beberapa calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan DUN tertentu pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Antaranya ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin bertanding Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas.Ā Di Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir di Parlimen Lumut dan DUN Pangkor.


Manakala di Pahang, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin di Parlimen Temerloh dan DUN Lancang selainĀ Ā Datuk Seri Mustapa Mohamed di Kelantan bertanding di Parlimen Jeli dan DUN Air Lanas.

Menurut Shahrir, apa juga keputusan oleh pemimpin atasan tentu bermatlamat bagi BN mencapai kemenangan sebagai mana pembangkang sendiri yang juga tidak mahu tewas di kerusi tertentu.

Katanya, Setiusaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga bertanding dua kerusi, begitu juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang bertanding di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa. – Agensi/HAA

Kategori