Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Penjenayah Geng Samun...

BATU CAVES - Tiga penjenayah yang disyaki aktif melakukan samun ke atas pelanggan...

PAS Pahang Gesa Siasat...

KUANTAN - PAS Pahang hari ini membuat laporan polis bagi menuntut siasatan dilakukan...

Interpol Keluarkan Qaradawi Dari...

INTERPOL sudah mengeluarkan ulama terkemuka Yusuf al-Qaradawi, ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia daripada...

Jamah Makanan Penumpang, Pramugari...

BEIJING - Seorang pramugari Urumqi Air digantung kerja selepas dirakam selamba memakan hidangan...

Calon BN W.Persekutuan Dipilih Berdasarkan Merit

PUTRAJAYA – Pemilihan calon-calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) yang diumumkan hari ini dibuat berdasarkan merit individu tersebut, kata Pengerusi BN WP, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kesemua calon yang dipilih, sama ada lelaki atau wanita dibuat berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan BN terutamanya calon yang dimahukan rakyat.

“Untuk PRU kali ini, daripada 13 kerusi kita letakkan tiga calon wanita. Walaupun bukan daripada UMNO tapi daripada parti komponen (iaitu MCA) yang mana salah seorangnya adalah calon orang muda iaitu bekas timbalan pendakwa raya berusia 33 tahun untuk kerusi Seputeh.

“Kalau you okay, kita bagi jadi calon,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan peruntukan bagi Pembinaan Surau Presint 8E di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan tentang kriteria yang ditetapkan BN WP dalam pemilihan calon untuk PRU14, terutamanya calon wanita.

PRU14 kali ini menyaksikan beberapa keunikan apabila tiga calon wanita diketengahkan BN WP di kerusi Parlimen Bukit Bintang (Tan Ean Ean, MCA), Seputeh ( Chan Quin Er, MCA) dan Cheras (Heng Sinn Yee, MCA).


Dalam pada itu, ditanya tentang dua calon daripada Pakatan Harapan dan PAS yang akan dihadapi beliau di kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan selaku penyandang kerusi itu berkata, beliau menyerahkan kepada pengundi untuk menentukannya.

“Pada saya, saya dah lakukan terbaik untuk penduduk di Putrajaya dan kita juga melaksanakan konsep ‘ringan sama dijinjing, berat sama dipikul’ dengan menjaga kebajikan penduduk termasuk mereka kurang kemampuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori