Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Saman Halang SPR Kendali...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman difailkan seorang...

2 Penjenayah Maut Berbalas...

MACHANG - Polis menembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan...

Azmin Perlu Letak Jawatan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa...

1,139 Kes Baharu COVID-19,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 1,139 kes positif baharu COVID-19 hari...

Calon Muka Baharu BN Akan Kerja Keras Untuk Menang

GUA MUSANG – Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan Mohd Syahbuddin Hashim yang dicalonkan Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, berkata beliau akan bekerja keras bagi mempastikan kemenangan berpihak kepadanya.

Mohd Shahbuddin,38, juga berkata beliau memahami aspirasi denyut nadi rakyat khususnya golongan belia menerusi aktiviti MAYC sebelum ini yang disasarkan bagi membangkitkan semangat belia dalam menentukan hala tuju masa depan mereka.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Bahagaian UMNO Gua Musang berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di Kampung Lembaga di sini, hari ini.

Mohd Syahbuddin turut yakin pengaruh Ketua Bahagian UMNO di sini Tengku Razaleigh Hamzah yang turut bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang akan turut membantu mencerahkan peluang kemenangannya.


“Parlimen Gua Musang adalah kubu kuat UMNO di Kelantan kerana Tengku Razaleigh tidak pernah kalah pada setiap kali PRU menyebabkan rakyat di kawasan ini menikmati curahan pelbagai projek pembangunan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BN

Kategori