Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Jika Najib Bukan Dalam...

Jika mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan di penjara, pasti...

Pesuruhjaya PAS Perak Kena...

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman...

Polis Marin Rampas 60...

PASIR PUTEH - Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor merampas 60 ekor...

Kenderaan Berat Guna ‘Roda...

KUALA LUMPUR - Penggunaan tayar celup oleh kenderaan perdagangan berat seperti lori, treler...

Carilah Jalan Silaturrahim Pujuk Puad Zarkashi

HARI Jumaat lepas, anak perempuan Datuk Dr. Puad Zarkashi, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bernikah dengan pemuda yang direstui keluarganya.

Pastinya hati seorang bapa bercampur baur dengan pelbagai perasaan apabila melihat anak perempuan melangkah ke satu alam baru.

Sedih kerana anak sudah besar dan memulakan hidup baru.

Gembira pula mungkin kerana tanggungjawab sebagai seorang bapa tidak berakhir tetapi sudah berkurangan. Kini suami yang perlu pikul lebih banyak beban.

Penulis berkesempatan melihat hari penuh kegembiraan itu kerana turut dijemput ke majlis jamuan yang dibuat Sabtu hari berikutnya.

Meriah suasana. Datuk Puad kelihatan gembira dan senyum melayan tetamu yang hadir.

Kebetulan sebelum penulis masuk dewan, ada satu pasangan yang sanggup datang dari Batu Pahat semata-mata untuk menghadiri perkahwinan tersebut.

Kalau Datuk Puad ni dibenci sangat, takda la kot pasangan tu nak datang memandu sendirian sejauh itu semata-mata nak makan nasi minyak.

Dan percayalah, memang ramai sungguh yang hadir untuk majlis perkahwinan itu.

Hari Jumaat itu juga la beliau dijemput untuk mesyuarat khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam beliau sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa, beliau juga melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti yang setia.

Kemudian, pada hari Sabtu, ketika jamuan makan sempena perkahwinan anaknya sedang berlangsung, beliau menerima panggilan telefon untuk tidak lagi hadir ke PWTC.

Bayangkan, hari Jumaat jemput, hari Sabtu maklum melalui telefon aje. Sudah itu beliau dicaras Ketua Wanita bahagian sendiri.

Kalau anda la berada di tempat beliau, apa perasaan anda?

Bukan dua hari beliau bersama UMNO.

Takda ke cara lain nak sampaikan yang beliau tidak terpilih?

Faham, semua orang sibuk dan pening waktu itu. Namun ini seorang insan yang telah banyak juga berjuang untuk parti.


Ahli Majlis Tertinggi (MT)…bekas timbalan menteri, Ketua Bahagian, Ketua Pengarah Jasa. Beringatlah juga sikit, hari gembira beliau kot melihat anak sudah berkahwin.

Sedih melihat penulis-penulis pro UMNO pun begitu pantas menjatuhkan hukum ke atas beliau. Macam-macam nama dan gelaran jijik diberikan kepada beliau.

Habis segala jasa dan kebaikkan beliau dilupakan begitu sahaja.

Andai apa yang berlaku sebelum ini satu kesilapan, maka jangan kesilapan yang sama berulang.

Pujuklah…apa salahnya bagi muka dan ruang sikit kepada beliau.

Mungkin hati beliau akan sejuk.

Jangan la bagi beliau keluar parti dan bertanding bebas atau apa-apa.

Tak perlu bagi kerusi untuk bertanding jika rasa beliau tidak layak, tetapi buat la dengan berhemah sikit, dengan rasa hormat sikit.

Penulis ingat beliau ke hulur hilir menjawab isu 1MDB dan sebagainya. Siang malam sampai ke luar negara. Takkan la semua itu berkecai dan habis begitu sahaja?

Orang tengah marah kadang bertindak penuh emosi.

Tapi itu bukan bermakna sesorang itu perlu dihukum dengan begitu keras. Ingatlah sedikit jasa-jasa beliau.

Pengalaman dan pengetahuan beliau masih berguna untuk parti.

Eratkan kembali silaturahim. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Satu Hala

Kategori