Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pistol Bekas Pegawai Polis...

Selepas kehilangan kereta dan pistolnya semalam, polis hari ini berjaya menemui semula kereta...

Messi Dianugerah Pemain Lelaki...

MILAN - Penyerang Barcelona, Lionel Messi memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA dalam...

KPM Kumpul Pandangan Garis...

NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengumpul pandangan dan input daripada semua...

Senarai Barangan Yang Dikecualikan...

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2015 Jumaat lepas,...

Carmen Lim Perbaharui Rekod Asia Tenggara

GOLD COAST – Perenang para negara, Carmen Lim yang membuat penampilan sulung di Sukan Komanwel Gold Coast, mencapai sasaran peribadinya untuk memperbaharui rekod Asia Tenggara selepas mencatat masa 35.95s dalam acara 50m gaya bebas S8 wanita, hari ini.

Beliau mencipta rekod baharu itu pada peringkat saringan untuk memadamkan rekod Asia Tenggara yang juga merupakan rekod kebangsaan miliknya, 36.48s, ketika Sukan Para Asean ke-9 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Bagaimanapun, impiannya meraih kemenangan podium acara itu tidak kesampaian selepas beliau sekadar merekodkan 36.85s untuk berada di kedudukan kelima pada aksi final di Pusat Akuatik Optus, malam ini.

“Tiada apa dikesalkan walaupun tidak berjaya raih pingat kerana sekurang-kurangnya saya boleh capai salah satu daripada apa diimpikan. Saya gembira dengan persembahan saya di Sukan Komanwel walaupun agak terkilan tidak boleh mencatat masa lebih pantas berbanding di peringkat saringan.

“Saya rasa sangat bagus dan berharap boleh berenang dengan lebih pantas di final tapi tidak mampu. Saya kena belajar untuk berenang lebih daripada satu kali dalam sehari (saringan dan final) kerana biasanya saya hanya berenang sekali sahaja (sehari),” katanya.

Carmen, 18, mengakui beza masa yang dilakukan pada saringan dan final agak jauh dan ia disebabkan beliau tidak dapat mengekalkan stamina pada 25m terakhir renangannya.

“Saya rasa boleh buat lebih baik di final tapi tidak tahu kenapa semasa 25m terakhir, saya kurang nafas. Mungkin takut tapi saya tidak pasti. Dari segi stamina masih banyak lagi kena perbaiki dan saya juga harus tahu cara atasinya dengan betul ketika beraksi,” katanya yang sudah melayakkan diri ke Sukan Asia 2018 di Jakarta.

Carmen yang cacat tangan kiri sejak dilahirkan, bagaimanapun bangga kerana berpeluang beraksi bersama perenang terbaik dunia di Sukan Komanwel kali ini.


Pingat emas acara itu menjadi milik perenang tuan rumah, Lakeisha Patterson dengan catatan 30.14s manakala perak dan gangsa diraih perenang Kanada, Morgan Bird (32.03s) dan Abigail Tripp (32.49).

Sementara itu, seorang lagi perenang negara, Welson Sim menamatkan saingan di kedudukan kelima acara 1,500m gaya bebas lelaki selepas mencatat masa 15:31.14s.

“Secara peribadi, saya gembira kerana masa yang saya rekodkan malam ini tidak jauh dengan rekod peribadi terbaik 15:28.34s yang dilakukan bulan lepas di Kejohanan Renang Peringkat Umur Kebangsaan.

“Hanya beza tiga saat, agak bagus selepas beraksi dalam empat acara di Sukan Komanwel,” katanya.

Pingat emas acara itu dimenangi Jack McLoughlin dari Australia selepas mencatat masa 14:47.09s, diikuti perenang Wales, Daniel Jervis (14:48.67s) dan seorang lagi perenang Australia, Mack Horton (14:51.05s). – BERNAMA

Kategori