Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Perairan ESSZone...

SANDAKAN - Perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) kali...

K’jaan Sedia Import Barang...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengimport lebih banyak barang...

Lelaki Rentung Dalam Kebakaran...

TELUPID - Seorang lelaki ditemui rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung...

“Iyalah, Saya Bukan Ada...

MESKIPUN memegang status ibu tunggal, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon, Rita Rudaini...

Che Ta Puji Lawak Bocey Sampai Tak Tahan Gelak

SEBAGAI pelakon, Rozita Che Wan tidak pernah sama sekali menyifatkan dirinya sebagai pelawak walaupun ramai melihat dirinya sebagai seorang yang lawak. Tetapi, dia hanya anggap dirinya sebagai pelakon biasa sahaja.

Namun, kemunculannya sebagai selebriti jemputan bagi program Bocey & Friends Live tetap berjaya mencuri tumpuan kerana lakonannya yang bersahaja.

“Saya tak boleh lagi ‘in‘ dengan mereka (Bocey) sebab mereka sangat kelakar dan saya orang biasa tapi memang seronok bekerjasama dengan mereka,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Che Ta melakonkan watak sebagai seorang doktor bagi persembahan minggu kedua progaram berkenaan pada Jumaat lalu.

Adat berlakon bersama pelawak, pasti ada sahaja aksi mereka yang mencuit hati.

Jika mereka sendiri boleh tergelak dengan lawak mereka, apatah lagi Cha Ta ketika berada di atas pentas bersama-sama mereka.

Bagaimanapun, demi menjalankan tugas, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu tetap gigih untuk menahan gelak dan mengawal diri supaya dapat memberikan lakonan yang berjaya.


“Kalau tidak memang saya pecah perut kat sini. Tak ikut pelan cuma ikut je apa yang saya nak buat kat situ.

“Sambutan penonton juga memang ramai kali ini. Saya pun tengok persembahan mereka pada minggu lepas.

“Mereka memang sangat kelakar dan ‘best’ serta spontan ketika berlawak,” tambahnya lagi.

Selain Che Ta, beberapa lagi selebriti turut dijemput antaranya ialah Kamal Adli, Mark Adam dan Nasir Bilal Khan.

Program Bocey & Friends Live telah menggantikan Sepahtu Reunion 2017 pada tahun lalu dan bakal dihidangkan dengan pelbagai lawak bersahaja mereka pada setiap Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Warna dan Warna HD. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori