Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

TLDM Tahan Bot, 23...

LUMUT : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama...

Pagar Masjid Dikatakan Mirip...

MARANG – Corak hiasan pada pagar Masjid Kampung Surau Haji Yaacob yang mampu...

Muatan Kargo Lebih Untungkan...

KUALA LUMPUR - Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih menguntungkan...

Kerajaan Selangor Sekat Maklumat...

KUALA LUMPUR - Pemuda Gerakan menyelar kerajaan Selangor kerana gagal mengamalkan dasar kebebasan...

China Akan Terus Bantu Dalam Pembangunan Johor

JOHOR BAHRU – China akan terus membantu dalam pembangunan Johor bagi menjadikannya negeri cergas dalam negara, dan muncul sebagai “keajaiban pembangunan baharu’ di Asia Tenggara, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Beliau berkata setakat ini, 11 firma terkemuka China sudah melabur di Iskandar Malaysia dengan nilai pelaburan terkumpul sebanyak RM30.39 bilion.

“Ini menyumbang lebih satu pertiga daripada jumlah pelaburan di Iskandar Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melawat Foon Yew High School di sini hari ini.

Bai berkata China mempunyai keyakinan tinggi dalam pembangunan Johor menerusi teknologi tinggi pengeluaran, pemindahan teknologi, sokongan kewangan dan pewujudan pekerjaan oleh perusahaan China di sini.

Sementara itu, Bai yang melakukan kunjungan hormat ke atas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, awal hari ini, menyuarakan rasa kagumnya ke atas baginda yang berfikiran luas, berpandangan ke hadapanj dan bijak.

Beliau berkata di bawah pemerintahan Sultan, aktiviti ekonomi di Johor akan kekal kukuh dan cergas.


Menurut Bai. Sultan Johor menyatakan kegembiraan baginda terhadap perkembangan semasa antara China dan Malaysia, dengan hubungan antara kedua-dua negara berada pada tahap tertinggi.

“Sultan bertitah bahawa baginda akan terus menyokong pelaburan China di sini, dan berharap perusahaan China terus menyumbang kepada pembangunan.

“Saya benar-benar tersentuh apabila baginda bertitah bahawa perusahaan China boleh mendapatkan pertolongan baginda jika mereka menghadapi masalah di sini,” katanya sambil menambah bahawa keramahan Sultan terhadap pelabur China akan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini. – BERNAMA

Kategori