Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Netizen Kutuk Muhyiddin Mahu...

ALAHAI.... Belum cukup sebulan berkuasa, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat makin 'melalut' dalam...

Parah Terkena Renjatan Elektrik...

GARA-GARA menghalau burung, seorang penyelia pembersihan parah selepas terkena renjatan elektrik di Stesen...

Jaringan hatrik Safiq Bantu...

KUALA LUMPUR - Kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim melakar jaringan...

Penulis Novel Saman Ziela...

PENERBIT drama, Datuk Ziela Jalil yang berjaya 'menawan' hati penonton menerusi drama bersiri...

Boleh Dikenakan Tindakan Jika Bertanding Bebas

BENTONG – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chua Boon Seong boleh dikenakan tindakan disiplin jika bertegas mahu bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Chua yang sebelum ini bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mentakab atas tiket Barisan Nasional (BN) seharusnya mempunyai rasa terhutang budi kepada parti kerana telah membantunya pada beberapa pilihan raya umum sebelum ini.

“Selaku bekas ADUN, kita telah bersusah payah bekerja untuk menangkan beliau. Chua menjadi calon juga disebabkan peluang yang diberikan parti. Jika sudah tidak menjadi calon, seharusnya beliau membantu parti untuk kemenangan calon BN.

Tindakan beliau boleh mengurangkan undi yang akan diperoleh parti,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1MA) Sungai Dua di sini, hari ini.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau telah meminta Pengerusi MCA negeri, Datuk Hoh Khai Mun untuk berbincang dengan Chua bagi menasihatkannya supaya tidak meneruskan rancangan menentang BN pada PRU14.

“Kita akan nasihatkan beliau perbuatan itu tidak patut berlaku kerana sebagai anggota MCA dan penyokong setia BN tidak wajar untuk sabotaj parti. Bagaimanapun, kita tidak dapat berbuat apa-apa jika beliau masih berdegil dan boleh dikenakan tindakan disiplin.


Saya masih belum menerima laporan balas daripada Pengerusi MCA (negeri) dan masih berharap Chua tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak parti,” katanya.

Liow menambah setakat ini, Chua adalah satu-satunya anggota MCA yang menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas dan beliau berharap tindakan itu tidak diikuti anggota parti yang lain.

Pada Isnin, Chua yang pernah menjadi ADUN Mentakab selama dua penggal sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), menyatakan hasrat untuk bertanding di Mentakab sebagai calon Bebas.

Pada PRU13, Chua tewas kepada calon DAP, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri dengan majoriti 1,544 undi. – BERNAMA

Kategori