Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Minta Pemandu Bas Sembur...

KUALA LUMPUR - Pergerakan orang ramai secara meluas semasa cuti sekolah dan musim...

Lokman Adam Ditahan Polis...

KUALA LUMPUR - Polis menahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk...

Hadiah Terakhir Untuk Ibu...

"DIA memang seorang anak yang baik dan suka menghadiahkan barangan kepada saya dan...

Keputusan PRK P.Pauh Tunjuk...

PERMATANG PAUH - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menunjukkan simptom positif...

Cinta Mula Berputik, Hati Fara Hazel Milik Erry Putra

DALAM diam rupa-rupanya penyanyi lagu Terasa Cinta ini sedang menjalin cinta dengan pelakon Erry Putra… Amboi, diam-diam ubi berisi ya kalian berdua.

Perkara itu turut diakui sendiri oleh Fara Hezel atau nama sebenarnya Nurfaraazira Yusri, 22, tentang hubungan mereka yang sudah menginjak lima bulan sejak mula mengenali menerusi laman Intsgaram.

“Memang saya dan Erry sedang bercinta. Kami kenal dah lima bulan melalui Instagram.

“Buat masa ini, masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Punca utama hubungan itu diketahui umum ialah apabila salah seorang peminat Fara telah memuat naik gambar mesra mereka berdua baru-baru ini.

Malah, Fara turut kelihatan di dalam beberapa keping foto bersama Erry menerusi akaun Instagarm miliknya.

Dalam perhubungan mereka yang baru memasuki tempoh perkenalan itu, Fara belum lagi memikirkan tentang masa hadapan hubungan mereka iaitu ke jinjang pelamin.

Malah, kelurganya juga tidak pernah masuk campur tentang hubungaan mereka dan mahu dia bersama dengan Erry sendiri yang memikirkan perkara itu buat masa akan datang.

“Saya tak terfikir lagi soal kahwin atau nak bawa hubungan ini ke peringkat yang serius.


“Sebab masih baru lagi dan saya pun belum cukup kenal lagi Erry. Begitu juga dengannya.

“Aiman dan ibu bapa saya tak masuk campur sangat tentang hubungan ini tapi mereka tahu,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Fara juga telah menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang komunikasi pada tahun hadapan.

“Saya masih menunggu majlis konvokesyen pada bulan Oktober depan. Insya-Allah tahun depan ada perancangan nak sambung belajar.

“Mungkin selepas ini saya nak sambung dalam jurusan komunikasi pula atau teruskan je bidang perniagaan,” katanya.

Tahun lalu, dia baru sahaja tamat belajar dalam jurusan Diploma Pemasaran di Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak.

Fara mula dikenali dalam industri hiburan sejak single pertamanya berjudul Setiaku Pasti dikenali ramai dan dia juga merupakan kakak kepada penyanyi Aiman Tino. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Kategori