Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Daphne Join Program Amal...

TIDAK hanya bergelar hos dan selebriti sahaja, sebaliknya Daphne Iking turut dikenali sebagai...

Jangan Abaikan Pendidikan Anak...

TAWAU – Masyarakat luar bandar, khususnya di Sabah, dinasihatkan agar tidak mengabaikan pendidikan...

Anwar Bertemu Empat Mata...

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan empat...

DAP Tetapkan PM Seterusnya...

KETUA Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang telah menetapkan bahawa Presiden PKR, Dr....

Curi Bekas Emas Simpan Jantung Permaisuri Perancis

PENDUDUK Perancis telah dikejutkan dengan berita kehilangan bekas emas jantung permaisuri Perancis abad ke-15 dan 16, yang berjaya dipercayai dicuri minggu lalu.

Lapor akhbar tempatan, Muzium Thomas-Dobree di Nantes, Perancis yang menempatkan bekas berharga tersebut dalam sebuah kaca telah dipecah masuk oleh pencuri dan berjaya lolos dari tangkapan pegawai keselamatan.

Ketika kejadian, pencuri dikatakan telah memecahkan cermin tingkap di rumah artifak, mencuri bekas jantung berkenaan dan melarikan diri ketika alat penggera kecemasan mula berbunyi.

Sehubungan itu, Presiden Loire-Atlantique di pantai barat Perancis, Philippe Grosvalet berkata, barang yang dicuri itu tidak ternilai harganya kerana ia adalah barang sejarah.

“Ia lebih daripada simbol kerana bekas itu mengandungi jantung permaisuri Perancis yang menjadi milik kepada sejarah kita.

“Jika mereka mencurinya disebabkan ia berkilau dan diperbuat daripada emas, mereka sepatutnya faham nilai sejarah dan simbolnya jauh melebihi 100 gram emas,” katanya.

Bekas emas seberat 100 gram itu dibuat khas untuk Anne of Britanny yang pernah menjadi permaisuri Perancis sebanyak dua kali.


Gambaran Lukisan Permaisuri Perancis Anne of Britanny (1491-1514).

Bermula tahun 1491, Anne kali pertama ditabalkan menjadi permaisuri Perancis setelah berkahwin dengan Raja Charles VIII sehingga 1498.

Anne ditabalkan sekali lagi menjadi permaisuri apabila berkahwin dengan Raja Louis XII selepas kemangkatan suami pertamanya pada 1498.

Permaisuri itu mangkat dalam usia muda ketika berumur 36 tahun pada 1514 dan disemadikan di Saint Denis, namun jantungnya diambil dan disimpan di makam keluarganya di Nantes sebagai simbol kesetiaan kepada Britanny.

Jantung Anne dipamerkan di muzium berkenaan sejak lebih 130 tahun lalu dan terselamat daripada dimusnahkan ketika kebangkitan Revolusi Perancis pada 1789.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan merayu pencuri terbabit memulangkan semula barang berharga itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori