Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Jabatan Kesihatan Kedah Sasar...

SUNGAI PETANI - Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menyasarkan pengumpulan darah tahun ini meningkat...

CIMBClicks Kekal Selamat, Langkah...

KUALA LUMPUR – Portal perbankan dalam talian CIMB Bank Bhd, CIMBClicks, dijamin selamat,...

Kerajaan PH Bakal Kawal...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong cadangan...

Peningkatan Suhu Fenomena El...

KUALA LUMPUR - Fenomena El Nino yang menyebabkan peningkatan suhu yang melanda negara...

Daesh Beri Amaran Ganggu Pilihan Raya Iraq

BAGHDAD – Agensi berita militan Daesh, Amaq semalam, menyiarkan video yang didakwa memaparkan imej ‘dua penyokong’ pilihan raya Parlimen Iraq yang ditembak mati oleh anggota kumpulan itu.

Insiden itu didakwa berlaku di bandar Al-Tarmiyah, di daerah Salah Al-Din di utara Baghdad. Pilihan raya Parlimen dijadualkan berlangsung bulan depan.

Awal minggu ini, Daesh berkata, pihaknya akan menyerang pusat mengundi di Iraq ketika pilihan raya Parlimen bulan depan dan mereka yang mengambil bahagian dalam undi itu dianggap sebagai kafir.

Dalam mesej yang disiarkan pada 22 April lalu, seorang jurucakap militan Daesh menuduh kerajaan Iraq pimpinan golongan Syiah sebagai proksi Iran.

Malah, mesej itu turut memberi amaran bahawa sesiapa sahaja yang mengendalikan atau mengundi dalam pilihan raya pada 12 Mei akan menjadi sasaran mereka.


Sementara itu, pegawai Iraq berkata, langkah keselamatan di semua pusat mengundi akan dipertingkatkan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori