Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tak Lepas Tangan...

KUALA LUMPUR — Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini...

Dana Politik Yang Diterima...

KEPALA BATAS - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Kementerian Undang-Undang Perlu Diwujudkan...

PUTRAJAYA : Setelah hampir 30 tahun dibubarkan, Kementerian Undang-Undang perlu diwujudkan semula bagi...

SPRM P.Pinang Tahan Pegawai...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang...

Dana Wakaf Serendah RM5 Di P.Pinang

GEORGE TOWN – Rakyat Pulau Pinang kini boleh mewakafkan wang tunai serendah RM5 dalam Skim Dana Wakaf demi kepentingan dan kebajikan umat Islam di negeri itu.

Pengerusi Syarikat Wakaf Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man berkata Skim Dana Wakaf itu mampu memudahkan umat Islam yang tidak berkemampuan untuk mewakafkan harta.

“Dengan skim begini, akan memudahkan golongan yang tidak mempunyai tanah atau harta untuk diwakafkan. Kami juga mengadakan skim potongan gaji bulanan kepada mereka yang ingin mewakafkan wang ringgit setiap bulan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mohd Salleh berkata individu dan sesebuah syarikat yang masing-masing menderma tujuh dan 10 peratus daripada hasil pendapatan agregat setiap bulan, layak dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan.


Beliau berkata sumbangan dana wakaf yang terkumpul akan diguna untuk membeli harta kekal seperti bangunan dan tanah.

Pada masa ini Syarikat Wakaf Pulau Pinang bertanggungjawab mengendalikan 1,368 unit komersial, kediaman dan tapak-tapak yang diwakafkan orang ramai, katanya. – BERNAMA

Kategori