Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tetap Pertahan DUN Jitra,...

JITRA – Calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri...

Awal, Scha Suka Kongsi...

AWAL Ashaari yang sering memuat naik gambar anaknya, Lara Alana di laman sosial...

Murid, Guru Maut Dibakar...

RIO DE JANEIRO - Empat kanak-kanak dan guru maut selepas seorang pengawal keselamatan...

Selebriti Ikon Banteras Dadah

LAPAN selebriti yang juga ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dilantik sebagai ikon Agensi...

DAP Kecam UMNO Minta Waspada Evangelis Kristian

DAP mengecam nasihat Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada penjawat awam berhati-hati dengan DAP kerana parti cauvanis itu dianggotai ramai evangelis Kristian.

Pemimpin DAP, Hannah Yeoh Tseow Suan mendakwa kenyataan Tengku Adnan tentang evangelis Kristian dalam DAP tersebut telah menyakiti perasaan penganut Kristian di negara ini.

“Tengku Adnan mendakwa DAP adalah parti cauvanis di mana kebanyakan pemimpinnya adalah evangelis Kristian.

“Beliau juga dilaporkan mengatakan bahawa jika mereka (DAP) adalah Katolik, beliau percaya mereka., tetapi mereka adalah evangelis, Kristian baru,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.,

Beliau memetik laporan sebuah portal berita dwibahasa pro-Pakatan Harapan yang disiarkan dalam bahasa Inggeris mengenai kenyataan Tengku Adnan itu hari ini.

Laporan berita oleh portal berita berkenaan dalam Bahasa Melayu bagaimanapun langsung tidak ditemukan lagi setakat petang ini.


Hannah Yeoh pernah didedahkan oleh penganalisis politik sebagai salah seorang evangelis Kristian di Malaysia berikutan beberapa kenyataan dan buku penulisannya yang mirip evangelis Kristian.

Beliau diberi antara jawatan terpenting dalam kerajaan Selangor oleh Pakatan Harapan iaitu sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak negeri itu dikuasai pembangkang.

Sehubungan itu, Hannah Yeoh meminta Tengku Adnan meminta maaf kerana didakwa menipu mengenai DAP dan evangelis Kristian. – MYNEWSHUB.CC

Kategori