Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Cermin Dipecah, Pemandu Wanita...

PORT DICKSON - Entah apa sebabnya, seorang wanita berusia 40-an cedera disimbah asid...

Ulang Tahun 71: Sang...

SEPANG - Bendera UMNO, Sang Saka Bangsa yang diarak sepanjang Larian Bendera sempena...

Ribuan Warga Aceh, Mangsa...

BANDA ACEH ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Lebih 7,000 orang berhimpun di Masjid Agung Baiturrahman di sini...

Pemegang Ijazah Palsu Perlu...

PENGERUSI Biro Dasar dan Strategi BERSATU, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, mahu...

DAP, PKR Tampil Ramai Jaguh ‘Lompat’ Kerusi

ALAHAI… Nasib baik kebetulan memang tidak ada pingat untuk jaguh lompat kawasan, jika tidak sudah tentu juara kilauan emas itu layak dikalungkan ke leher ramai pemimpin DAP dan PKR.

Dua parti pembangkang ini memang layak digelar sebagai jaguh lompat kawasan di Malaysia, selain calon perdana menterinya yang amat terkenal tular apabila berjaya menjadi johanĀ ā€˜u turnā€™ dalam pelbagai isu panas di Malaysia.

Setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU), calon DAP dan PKR itu akan teruja bergembira melompat kawasan tertentu untuk elak diri mereka daripada kalah. Kenapa pula mereka boleh tahu akan kalah walhal konon dakwa kuat?

Sebabnya mereka tidak pernah pun buat kerja di kawasan, apatah lagi turun padang jenguk rakyat marhaen, maka apabila sampai masa lompatlah ke tempat baharu dan gantikan orang lain pula di tempat lama mereka itu.

Inilah cara yang dibuat oleh ā€œMakcik Kipasā€ bernama Wan Azizah Wan Ismail. Presiden PKR itu lompat jauh dari kerusi parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang ke parlimen Pandan di Selangor. Wow!!! Hebat Malaysia Boleh!

Anaknya pula, Nurul Izzah Anwar melompat jauh dari Lembah Pantai di ibu negara ke Permatang Pauh, kerusi yang pernah disandang bapanya, Anwar Ibrahim sejak PRU pada 1982 ketika itu atas tiket Barisan Nasional (BN) dahulu.

Pengundi kerusi DUN Kajang di Selangor pula terus diabaikan. Janji ketika Pilihan Raya Kecil Kajang pada 2014 konon hendak selesai masalah banjir dan lalulintas di bandar sate itu terus tidak dipedulikan lagi oleh Wan Azizah.

Ternyata pengundi Kajang khasnya penyokong tegar mereka kena tipu hidup-hidup. Sudahlah Wan Azizah gagal jadi Menteri Besar Selangor konon ikut formula Langkah Kajang, malah resepi buat bengkang pun mereka tidak dapat.

Di Lembah Pantai, PKR memilih Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang juga Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil sebagai calon ‘payung terjun’ untuk menggantikan Nurul Izzah yang ‘lari’ ke Utara!

Datang pula buat janji baharu, kemudian apabila sudah cukup penggal nanti larilah ke tempat lain pula.Ā Seorang lagi jaguh lompat ialah Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad sendiri dari DUN Seri Setia ke kerusi Parlimen Setiawangsa.

Maka terpaksalah PKR khabarnya ambil budak baru bernama Najwan Halimi yang jasanya hanya kerana rakam gambar Anwar dan Mahathir bersalam dalam mahkamah sebagai propaganda, untuk bertanding pula di Seri Setia.

Entah boleh buat kerja ke tidak budak ini, nanti jadi macam seorang lagi budak yang pernah kerja ambil video dulu kemudian tiba-tiba jadi ahli parlimen di Kelana Jaya. Apabila dapat jawatan itu, ā€œtidak retiā€ langsung buat kerja.

Bekas Ahli Parlimen Tumpat yang baru sahaja jadi ahli PKR pada 2015 selepas keluar daripada PAS, Kamarudin Jaffar juga antara berjaya lompat jauh dari kerusi nun di Kelantan itu datang ke Bandar Tun Razak di ibu negara.

Uniknya rekod paling banyak lompat ialah Saifuddin Nasution, yang bertanding di DUN Pulau Jerjak, Pulau Pinang selain Parlimen Kulim-Bandar Baharu. Sebelum ini pernah jadi calon di Lunas, Kedah dan Machang di Kelantan.

Xavier Jayakumar yang dulu bertanding di Parlimen Subang, turut melompat jauh ke Kuala Langat. Seorang lagi jaguh lompat tetapi selalu kalah teruk ialah Presiden PAN, Mohamad Sabu yang mesra disapa sebagai Mat Sabu.


Ketika bersama-sama PAS dahulu, beliau selalu lompat antaranya di kerusi Kuala Kedah dan Pendang di Kedah selain Kuala Terengganu di Terengganu dan yang terbaharu lompat pula ke Parlimen Kota Raja di Selangor.

DAP juga banyak kaki lompat. Nga Kor Ming dari Taiping ke Teluk Intan.Ā Ini ā€œjenis kasarā€ yang bukan habiskan banyak masa jenguk rakyat, tetapi dia lebih luang banyak masa ā€œupdateĀ Facebookā€ dengan bahasa kasar sahaja.

Orang di Teluk Intan jangan percayalah dengan calon DAP ini konon bakal jadi menteri. Di Teluk Intan sahaja, DAP telah pernah mencalonkan 10 individu berbeza sejak PRU ke-7 pada tahun 1986 lagi. Satu lagi rekod Malaysia Boleh!

Kasihan pengundi Teluk Intan kerana tidak sempat kenali wakil rakyat mereka. Pengundi Lembah Pantai pun baru dua penggal, sempat dapat roti dan pisang goreng sahaja dari Nurul Izzah, ā€˜tup tupā€™ bertukar ke tempat lain pula.

Uniknya semua tokoh pakatan ini belajar menjadi jaguh lompat kawasan ini daripada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya tujuh kali lompat kawasan berbeza setiap kali PRU.

Antaranya Tun Mahathir Mohamad sendiri pun seronok ikut cara Kit Siang, apabila tidak berani bertanding lagi di kubu kuat UMNO di Kubang Pasu, beliau lompat laut menyeberang Selat Melaka untuk cuba di Langkawi pula.

Ini bukti jelas pembangkang hanya mahu kedudukan dan kuasa sahaja. Mereka tidak berminat hendak berkhidmat pun kepada rakyat. Mahu kuasa semata-mata. Maka jangan berilah undi kepada pakatan #HarapanPHalsu ini.

Bayangkanlah nasib rakyat marhaen apabila skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah tentu tidak ada kalau rakyat tersilap pilih pembangkang malah GST yang berkadar cuma enam peratus digantikan SST lebih 16 peratus!

Hakikatnya manifesto BN dibuat kerana wakil rakyat dipilih hendak bekerja kepada rakyat. Jauh berbeza dengan pembangkang yang buat manifesto syok sendiri untuk populis sahaja, kemudian lompat kawasan lari ke tempat lain.

Tidak hairanlan BN pada PRU kali ini menampilkan ramai calon muda yang lebih bertenaga dan ā€œfreshā€ berbanding pihak pembangkang yang hanya pandai lompat kawasan sahaja kerana tahu mereka bukan bekerja untuk rakyat.

#BersamaBN untuk #HebatkanNegaraku. Ayuh ini kalilah UBAH undilah BN… – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video di bawah ini sekadar hiburan…

Kategori