Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Banjir Di Daerah Kota...

KOTA KINABALU - Keadaan banjir di Daerah Kota Belud kian pulih, apabila pusat...

GST, Penyelamat Kepada Ekonomi...

KUALA LUMPUR - Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang diperkenalkan pada tahun lepas,...

Syarikat Pos & Kurier...

CYBERJAYA - Sektor pos dan kurier negara disasarkan mengendalikan 1.0 bilion bungkusan setahun...

Suami Isteri Gagal Dalam...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman yang difailkan...

Dari Penjual Pau Ke Pengasas Roti Boy

KUALA LUMPUR – Bermula dengan pengalaman menjual pau yang dihasilkan keluarganya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Hiro Tan, 54, telah membangunkan produknya “Rotiboy” hingga menjadi jenama terkenal di dalam dan luar negara.

Tan bergabung dengan kakaknya, yang hanya mahu dikenali sebagai L.H Tan, 57, untuk membuka kedai roti “Rotiboy Bakeshoppe” di Bukit Mertajam pada 1998 dan dari situ perniagaan Rotiboy berkembang, kini mempunyai 40 cawangan dalam negara dan beberapa cawangan di Indonesia, Korea Selatan dan Arab Saudi.

Setelah dua dekad beroperasi, Rotiboy, nama yang dililhamkan daripada hubungannya dengan anak saudaranya yang nakal, akan menambah 40 cawangan baharu di Malaysia tahun depan, katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu undangan rancangan Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini hari ini.

“Kami juga berhasrat untuk membuka cawangan di Jepun dan juga New York, Amerika Syarikat pada masa hadapan,” tambahnya.

Beliau berkata bermula dengan penjualaan roti ban menggunakan resipi ‘Mexican bun’, yang berintikan mentega dan hias atas berperisa kopi, kini Rotiboy menghasilkan 100,000 pelbagai jenis roti sehari.

Lulusan Sarjana Muda Ekonomi Universiti Malaya, Tan berkata pengalamannya menjual pau keluaran keluarganya ketika di zaman persekolahannya serta semasa di universiti bagi membiayai kos pembelajarannya, banyak membantu beliau dalam perniagaannya hari ini.

“Pengalaman saya menjual pau kaya dan kacang di perhentian bas dan kedai-kedai kopi di Tanjung Bungah mengajar saya erti hidup yang sangat berguna,” kata anak ketiga daripada lapan beradik itu.

“Saya pernah bekerja sebagai ejen insurans selepas belajar, berkhidmat dengan Singapore Airlines sebagai pengurus stesen malah pernah cuba menanam cendawan namun segala usaha dilakukan itu tidak menghasilkan kejayaan yang saya inginkan,” katanya.


Tan kemudian membuat keputusan untuk membuka Rotiboy Bakeshoppe bersama kakaknya yang mempunyai pengalaman bekerja dengan sebuah bakeri menjual roti ‘Mexican Bun’.

“Namun cawangan di Bukit Mertajam tidak mencatat keuntungan memberangsangkan sebelum saya buat keputusan menutupnya dan berpindah ke Kuala Lumpur.

“Tindakan berpindah ke Kuala Lumpur merupakan keputusan tepat di mana cawangan di Surai KLCC dan Mid Valley Megamall mendapat sambutan hangat orang ramai,” katanya.

Ditanya mengenai rahsia kejayaannya, Tan berkata ia terletak kepada nilai integriti yang diamalkan dalam mengurus perniagaan, kualiti bahan digunakan dan tahap kebersihan tinggi dalam setiap produk makanan yang dihasilkan. – BERNAMA

Kategori