Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Undang-Undang Had Umur Perkahwinan...

KUALA LUMPUR – Usaha sedang dibuat untuk menyelaraskan semua perundangan berkaitan di negara...

Belum Lagi Lahir, GHB...

BENARLAH kata ulama, jika lahir bukan atas takwa dan iman, pastinya tidak berkat,...

3 Suspek Pecah Rumah...

KOTA KINABALU - Polis menyelesaikan empat kes pecah rumah di beberapa kawasan di...

Audit Forensik Luaran Perlu,...

KUALA LUMPUR - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, hari...

Dasar Kerajaan Letak Malaysia Di Landasan Betul

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang tepat kini meletakkan Malaysia di landasan yang betul menuju ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya ini terbukti dengan langkah Bank Dunia yang telah meningkatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2018 kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelum ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pada tahun 2017, Bank Dunia menyemak naik KDNK negara sebanyak tiga kali.

“Dalam masa satu tahun tiga bulan, Bank Dunia telah menyemak naik (kadar pertumbuhan) sebanyak empat kali.

“Ini membuktikan kita berada di atas landasan dasar-dasar yang tepat,” katanya pada majlis minum petang bersama Anak-Anak Pahang di Lembah Klang di sini, hari ini. – BERNAMA

Kategori