Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Suruhanjaya Siasatan Tanah Runtuh...

GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang mewartakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan mengenai kejadian...

Tomok Elak Anak Terlibat...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Tomok tidak berhasrat untuk melibatkan anak lelakinya Arrianshah Akid...

Hilang RM14,000 Dikelentong Inspektor...

BERA - Suri rumah di sini kerugian RM14,600 selepas mendaftar akaun Tabung Haji...

Polis Sahkan Identiti Mayat...

ALOR SETAR - Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui ditanam di Hutan Simpan...

Diberi Ubat Pelali, Diperkosa Sebelum Dibunuh

NEW DELHI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun diberi ubat pelali dan diperkosa berulang kali oleh enam lelaki, sebelum kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut.

Pada petang 10 Januari lalu, yang berasal dari dari daerah Jammu di India tidak pulang ke rumah setelah diminta membawa balik seekor kuda milik keluarganya dari sebuah padang ragut.

Namun lima hari kemudian mayat kanak-kanak malang itu ditemui di kawasan hutan berhampiran.

Berdasarkan siasatan, Bano dikurung di sebuah kuil selama beberapa hari dan diberi ubat pelali sebelum didera dan diperkosa berulang kali.

Kanak-kanak itu kemudian dicekik dan kepalanya dihentak dengan batu sehingga maut sebelum mayatnya dibuang.


Sanji Ram, seorang penjaga kuil didakwa melakukan jenayah itu bersama dua anggota polis khas Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar, anak saudaranya yang masih di bawah umur, dan anaknya sendiri Vishal Jangotra.

Kes tersebut mencetuskan kemarahan masyarakat Islam Gujjar yang mendakwa jenayah itu sengaja dilakukan untuk menakut-nakutkan dan mengusir mereka dari daerah Jammu yang majoriti penduduknya beragama Hindu. – BBC/Agensi/mStar Online

Kategori