Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Dana RM20 Juta Tiada...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berkata, peruntukan RM20 juta yang disediakan...

Ibu Tiri Durjana Biar...

INGATKAN persepsi ibu tiri kejam sudah tidak lagi wujud tapi rupa-rupanya masih ada...

Iklan Suruh Jaga Kesihatan...

KEBANYAKAN iklan yang diterbitkan di negara Thailand sememangnya unik dan kreatif serta lain...

Indonesia Lancar Usaha Cari...

JAKARTA - Indonesia akan melancarkan usaha pencarian baharu seawal hari ini untuk mencari...

Dokumen Bubar DUN Sabah Diserah Kepada SPR Isnin

TAWAU – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali akan menyerahkan notis rasmi pembubaran DUN Sabah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri pada Isnin ini.

Syed Abas berkata Setiausaha DUN dijangka menyerahkan dokumen itu di Pejabat SPR di Kota Kinabalu antara 2 dan 2.30 petang.

“Saya telah menerima dokumen pembubaran yang diperkenankan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada pukul 4 petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya penyerahan dokumen itu bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan peringkat Parlimen.


Pembubaran DUN Sabah yang berkuat kuasa esok diumumkan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada 3 petang tadi.

Sabah mempunyai 60 kerusi DUN dan 25 kerusi parlimen. -BERNAMA

Kategori