Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Waytha Moorthy Dituduh Menteri...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang...

Pos Malaysia Berhad Lancar...

SHAH ALAM - Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) hari ini melancarkan imej baharu...

Gempa Bumi 6.3 Skala...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter melanda...

TLDM Tanam 15,000 Pokok...

SITIAWAN - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menanam 15,000 pokok bakau jenis minyak...

Dr. Mahathir Calon Pakatan Harapan Di Langkawi

LANGKAWI – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon pakatan pembangkang itu untuk bertanding kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini malam ini.

Sebelum itu, Dr. Mahathir sendiri mengumumkan calon daripada partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), yang akan bertanding di enam kerusi parlimen dan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada PRU14.

Antara calon parti berkenaan adalah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang akan bertanding di Parlimen Jerlun dan DUN Jitra.

Calon lain yang akan bertanding kerusi Parlimen adalah Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Wan Saiful Wan Jan (Pendang), Mohd Taufik Yaacob (Baling) dan Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Jerai).


Calon DUN pula adalah Datuk A. Aziz Mohamud (Ayer Hitam), Halimahton Saadiah Saad (Bukit Kayu Hitam), Datuk Ir. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit), Mohd Aizad Roslan (Bukit Lada), Syed Fadzil Syed Embun (Kuala Nerang) dan Abdul Razak Khamis (Sungai Tiang).

Selain itu, Mohd Nazari Abu Hassan (Jeneri), Abdul Rahim Kechik (Bayu), Mohd Saffuan Sabari (Guar Chempedak), Mejar (B) Annuar Abd Hamid (Tanjung Dawai), Datuk Azimi Daim (Bandar Baru), Johari Bulat (Air Hangat) dan Mohd Firdaus Ahmad (Kuah). – BERNAMA

Kategori