LIMA tahun lalu, dia merupakan model namun kini, Hasan Topal, 28, telah dilantik sebagai ketua gangster `paling hot‘ bagi kumpulan yang paling ditakuti di Australia iaitu Comanchero.
Dia dilantik mengetuai kumpulan itu selepas ketua asalnya, Mick Murray, dihukum penjara lapan bulan kerana enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa melibatkan beberapa insiden termasuk tembakan.
Hasan merupakan orang yang paling dipercayai oleh Murray dan dia pernah menghadiri majlis perkahwinan mewah Hasan dengan Samantha Rabah pada 2016.
Samantha bagaimanapun tidak terlibat dalam masa-mana kumpulan.
Hasan dikatakan menunjukkan taat setia kepada Murray ketika berlaku pergaduhan di sebuah kelab bogel di Canberra.
Dia telah memecahkan gelas di kepalanya dan mengoyak bajunya untuk menunjukkan kekuatan diri sebelum bergaduh dengan anggota kumpula Comanchero yang lain.
Manakala Murray hanya memerhatikan anak buahnya bergaduh dan langsung tidak masuk campur.
Pergaduhan itu berlaku pada Ogos tahun lepas. – MYNEWSHUB.CC