Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Maut Kereta Dihempap...

TAIPING - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi parah apabila kereta dinaiki dihempap...

Ingin Kesegaran, Boleh Ke...

TOKYO – Mandi dalam kolam teh hijau? Adakah anda mahu mencubanya. Jika ya,...

Pemandu Lori Terbabit Kemalangan...

CHUKAI : Pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan tiga beranak di...

Seramai 580 Murid Hayati...

BUKIT MERTAJAM - Seramai 580 murid Tahun Satu hingga Enam di Sekolah Kebangsaan...

Kerusi DUN Chuping Dianggap BN Perlis Selamat

KANGAR – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping merupakan kawasan selamat bagi Barisan Nasional (BN) namun parti itu harus bersedia melawan kesungguhan gabungan parti Pakatan Harapan (PH) yang hendak menawan Perlis pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Chuping yang terletak dalam Parlimen Padang Besar dimenangi calon BN, Asmaiza Ahmad dengan majoriti selesa 2,876 undi, mengalahkan calon PKR, Wan Mohamad Fishaal Wan Dauh yang meraih 2,812 undi pada PRU13.

Walaupun kali pertama bertanding mewakili kuota Wanita UMNO, Asmaiza yang menyambut hari jadi ke-43 hari ini, diterima baik oleh pengundi Chuping sejak mewakili mereka. Beliau dilantik sebagai anggota Exco kerajaan Perlis pada 7 Mei tahun lepas.

“Dalam DUN Chuping ni kita cuma hadapi masalah bekalan air oleh sebab tekanan rendah dan paip lama yang kerap bocor. Soal tuntutan hak milik tanah oleh 447 generasi pertama peneroka Felda Chuping hampir diselesaikan.

Sekarang kita cuma tunggu draf pelan tanah rancangan tersebut diserahkan oleh pengurusan Felda pada 27 April ini supaya kerajaan negeri dapat serahkan pula kepada Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk diproses. Lain dari itu tiada isu,” kata Asmaiza kepada media di sini, hari ini.

Menurutnya pertandingan tiga penjuru membabitkan BN, PH dan PAS memberi kelebihan kepada BN. PH telah mengumumkan bertanding DUN Chuping manakala PAS akan mengumumkan calon-calon dan kerusi yang akan ditandingi, malam esok.

Dari 10,568 pengundi yang layak mengundi pada PRU14, lebih 7,000 adalah anggota UMNO manakala pengundi masyarakat Siam berjumlah 1,230 orang dan pengundi kali pertama yang dikesan sebanyak 1,400 orang.


“Mengambil kira 900 lagi pengundi yang tidak dapat dikesan, atas kertas BN boleh menang mudah tidak kira siapa dicalonkan dengan syarat penyokong dan anggota-anggota UMNO memberi undi kepada BN.

Saya yakin pengundi Chuping sedar banyak projek terutama pembangunan Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) yang dibawa oleh pentadbiran sekarang yang memanfaatkan mereka boleh terbantut jika memilih selain BN,” kata Asmaiza.

Mengenai nasihat Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya penyandang kerusi Parlimen atau mereka yang tidak dicalonkan semula terus memberi sokongan, Asmaiza yang juga bendahari Wanita UMNO Perlis berkata setiap anggota parti harus setia dan taat pada pucuk pimpinan.

“Kita bekerja atas nama parti, bukan individu. Jadi, buktikanlah kesetiaan dengan memberi sokongan tanpa ragu pada siapa sahaja yang dipilih untuk bertanding,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori