Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tragedi Main ‘Dayung Bot’,...

LABUAN - Kegembiraan tiga murid sekolah bermain 'mendayung bot' bertukar tragedi apabila seorang...

McDonald’s Mahu Jual Francais...

RANGKAIAN restoran makanan segera terkenal, McDonald's Corp merancang mahu menjual hak francais bagi restoran-restorannya...

Institusi Diraja Masih Kekal...

KUANTAN - Peranan institusi diraja sebagai simbol perpaduan dan pencetus semangat nasionalisme serta...

Perkhidmatan Bas Dua Tingkat...

GEORGE TOWN - Rapid Bus Sdn Bhd, pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang tidak...

Durian Busuk Disangka Kebocoran Gas Berbahaya

KECOH… Bau durian busuk yang ‘menyengat’ di sebuah perpustakaan pusat bandar Melbourne, Australia telah disangka kebocoran gas dan menyebabkan ratusan pelajar dan pensyarah bergegas keluar daripada bangunan tersebut.

Sebagai langkah keselamatan, pihak perpustakaan itu telah menghubungi pasukan bomba ke Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) di Labtrobe Street pada jam 3 petang (waktu tempatan) selepas bau busuk itu dikesan, lapor akhbar tempatan.

“Pemindahan itu melibatkan kira-kira 500 pelajar dan pensyarah. Puluhan bomba melakukan pemeriksaan untuk mengesan punca bau itu berikutan bangunan tersebut diketahui menyimpan bahan kimia berbahaya.

“Selepas pencarian yang komprehensif, pasukan kami berjaya mengesan bau gas yang terhasil daripada durian busuk. Ia telah meresap ke dalam sistem penghawa dingin bangunan tersebut dan menghasilkan bau seperti gas kimia,” jelas jurucakap bomba.

Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar bertindak menyelia pembuangan durian tersebut.

Setelah kerja-kerja pembersihan diselesaikan, perpustakaan tersebut telah dibuka semula pada jam 6 petang (waktu tempatan).


Sehingga kini, tidak dikenal pasti siapa individu yang bersalah menjadi punca kekecohan tersebut.

Biasanya, durian mempunyai jangka hayat tiga hingga enam hari apabila disimpan di suhu bilik. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori