Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

RM137.218 Juta Jualan Usahawan...

KOTA KINABALU - Nilai jualan terkumpul usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)...

Lebih 100,000 Anjing Di...

KUCHING - Sejak kawasan pertama terjejas wabak rabies diwartakan di Serian, kira-kira 110,000...

Fitnah! Laporan Polis Dibuat...

PADAH menyiarkan satu artikel mendakwa Majlis Raja-Raja menolak pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia, satu...

Masih Solo, Aizat Amdan...

KOMPOSER muda, Aizat Amdan menerusi kenyataan kepada sebuah laman hiburan tempatan menyatakan sudah...

Eira Syazira Bakal Berpindah Ke Jakarta

SELEPAS tiga tahun menangguh tawaran dari syarikat pengurusan artis Indonesia untuk berhijrah ke negara itu, pelakon, Eira Syazira akhirnya membuat keputusan berpindah ke Jakarta bulan depan demi mengembangkan kerjaya seninya.

Eira nekad dengan keputusan tersebut dan merasakan masa kini sangat sesuai untuknya melebarkan sayap ke sana dan mengakui tidak pergi lebih awal kerana hamil anak ketiganya, tahun lalu.

Eira kini bernaung di bawah Positif Arts Entertainment, syarikat daripada seberang itu turut menguruskan artis popular Indonesia seperti Ayu Tingting, Wali Band, Matta Band dan Kerispatih.

Bagaimanapun, Eira mengaku berhijrah ke Jakarta merupakan keputusan yang amat besar buat dia dan keluaraganya dan menjadi sebab dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.

“Biarpun suami dan anak-anak ikut serta, tetapi meninggalkan keluarga dan tanah air untuk mencari kehidupan yang lebih baik di negara orang memerlukan kekuatan jiwa.

“Ada ketika perasaan takut menguasai diri, bimbang ditipu dan dipermainkan. Bagaimanapun, saya sudah hampir tiga tahun bernaung di bawah syarikat itu.

“Mereka melayan saya dengan baik hingga sanggup menunggu hampir tiga tahun. Sepatutnya, saya berhijrah ke Jakarta selepas melahirkan anak kedua, tetapi saya hamil tanpa sedar, tidak lama kemudian,” katanya memetik BH Online.

Isteri kepada Azad Jasmin ini memberitahu, dia akan menghasilkan album di bawah naungan syarikat rakaman terkenal, PT Nagaswara Sakti selain turut diberi peluang membintangi sinetron yang akan dimulakan penggambaran Ramadan ini.

Selain itu, Eira berkata dia juga perlu menunaikan janji menyelesaikan proses rakaman lagu kedua berjudul Say, hasil ciptaan komposer Indonesia, Endrru, dalam masa terdekat.


“Saya pernah merakamkan lagu Masih Ada Jodoh dua tahun lalu, tetapi tidak sempat dipromosikan,” ujarnya.

Eira ditemui pihak media ketika selepas majlis pelancaran produk kesihatannya, Seri Lady di The Sanggul, Kuala Lumpur semalam.

Dalam pada itu, Eira yang mula dikenali ramai melalui drama Bara dan Cinta Balqis mengakui keputusan besar untuk berhijrah ke Jakarta itu juga didorong doa, restu dan semangat suaminya.

“Kalau diikutkan, saya hanya mahu duduk di rumah menjaga tiga cahaya mata, apatah saya baru saja melahirkan anak ketiga.

“Bagaimanapun, Azad memberi semangat untuk saya melebarkan sayap ke Jakarta. Alhamdulillah, rumah dan kenderaan disediakan untuk saya,” katanya lagi.

Menurutnya, dia akan ke Jakarta bagi merakamkan lagu single keduanya itu esok, dan akan kembali ke tanah air selepas urusannya itu selesai.

Sejurus pulang, Eira akan membuat persiapan untuk berpindah dan dijangka akan mula menetap di negara republik itu bermula bulan depan. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori