Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2,801 Pengundi Awal PRK...

PETALING JAYA - Seramai 2,801 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan...

ESSCom Minta Penduduk Pulau...

KUDAT - Penduduk Pulau Banggi di sini diingatkan supaya melaporkan kehadiran pendatang asing...

37 Maut Dalam Kebakaran...

MOSCOW - Sekurang-kurangnya 37 orang maut dalam kebakaran sebuah pusat beli-belah di bandar...

Iran Laksana Hukuman Mati...

TEHERAN: Pihak berkuasa Iran melaksanakan hukuman mati ke atas seorang lelaki yang disabitkan...

Enggan Ulas Lanjut, Boy Iman Tunggu Hari Konvokesyen

UNIVERSITI Malaya (UM) hari ini mengeluarkan kenyataan penafian berhubung status pendidikan bekas aktor kacak era 1990-an, Datuk Norul Iman A. Rahman atau dikenali sebagai Boy Iman.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak UM itu menegaskan bahawa tiada individu yang bernama ‘Noruliman Abdul Rahman’ didaftarkan bagi calon Doktor Falsafah (PhD) di institut pengajian tinggi berkenaan.

Ekoran perkara itu, nama Boy Iman sekali lagi menjadi topik bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Pun begitu, Boy Iman dikatakan mengambil pendekatan untuk ‘mengunci mulut’ dan enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi berkenaan.

Pada masa sama, Boy Iman turut meluahkan rasa hairan kerana sering menjadi sasaran netizen selain tertanya-tanya kesaalahannya terhadap masyarakat sehingga teruk dikecam.

“Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya. Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak,” kata Boy Iman dipetik sebuah portal online.


Boy Iman Kini Bergelar Doktor Falsafah

BACA : Gelaran PhD Palsu, Universiti Malaya Nafi Status Boy Iman

Terdahulu, menerusi kemas kini Instagram milik Boy Iman, bekas pelakon itu telah memuat naik sekeping gambar memaparkan status pendidikanya di peringkat PhD di UM.

Bagaimanapun, pihak universiti tersebut telah membuat semakan menafikan terdapat nama Boy Iman didaftarkan sebagai calon ijazah berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori