Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Derma Bantu Pemandu Langgar...

TAIPEI - Nasib malang seorang penghantar barang yang melanggar empat kereta Ferrari dalam...

Cat Farish Bercerai, Akui...

RAPPER Cat Farish mendedahkan dirinya sudah kembali solo selepas bercerai April lalu. Cat juga...

Wanita Panik Individu Tidak...

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali...

PERHILITAN Pindah Gajah Liar...

SEEKOR gajah liar yang ditemui meraya-rayau di kebun kelapa sawit di Kampung Air...

Enjin Pesawat Meletup, Seorang Penumpang Maut

PHILADELPHIA – Enjin pesawat Southwest Airlines dari New York ke Dallas meletup menyebabkan seorang penumpang maut dan memaksa pendaratan cemas, tragedi pertama membabitkan penerbangan komersial Amerika Syarikat (AS) selama hampir sedekad.

Pesawat Boeing 737-700 berlepas tanpa sebarang insiden namun beberapa minit selepas itu penumpang mendengar letupan pada enjin kiri, menyebabkan serpihannya berterbangan menembusi tingkap dan topeng oksigen terkeluar.

“Kami percaya ada serpihan berterbangan dari enjin. Insiden menyebabkan seorang maut,” kata Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Robert Sumwalt, pada sidang media, mengesahkan kegagalan enjin namun tidak berlaku kebakaran.

Media AS melaporkan, tujuh penumpang cedera ringan dalam insiden itu dan identiti mangsa yang maut bagaimanapun tidak didedahkan.

Menurut Southwest Airlines, penerbangan 1380 dari lapangan terbang domestik New York di La Guardia ke Love Field, Dallas itu membawa 144 penumpang dan lima kru.


Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia pada jam 11.20 pagi waktu tempatan selepas kru melaporkan kerosakan satu daripada enjin dan pada badan pesawat serta sekurang-kurangnya satu tingkap.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah,” menurut Marty Martinez dalam siaran langsung Facebook, menunjukkannya dalam keadaan panik dan bernafas menggunakan topeng oksigen. – AFP

Kategori