Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Subsidi Jemaah Haji Muassasah...

MAKKAH – Kerajaan hari ini beri jaminan bahawa jumlah bayaran subsidi bagi jemaah...

12 Angkat Sumpah Sebagai...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Tetap Kongres Nasional PKR Ismail Yusop antara 12 individu...

Anwar Masuk Hospital, Sakit...

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke Pusat...

Taufan Otto Badai Tenggara...

 SAN JOSE - Taufan Otto, ribut kuat yang membawa angin selaju 175 kilometer...

Perbaiki Rekod Peribadi, Namun Gagal Raih Pingat

GOLD COAST – Biarpun berjaya mengatasi rekod peribadi, atlet angkat berat termuda beraksi di Sukan Komanwel 2018, Muhamad Erry Hidayat gagal menyumbang sebarang pingat kepada kontinjen negara hari ini.

Dalam acara yang berlangsung di Cararra Sports and Leisure Centre, Muhamad Erry sekadar berada di kedudukan kelima dalam acara 69kg setelah mengangkat bebanan seberat 291kg, mengatasi rekod peribadinya 281kg yang dilakukan ketika Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Muhamad Erry melakukan angkatan bebanan 131kg dalam acara snatch dan 160kg bagi acara clean & jerk.

Atlet berusia 18 tahun itu yang merupakan anak sulung kepada Hidayat Hamidun, pemenang pingat emas acara 69kg pada edisi 1998 di Kuala Lumpur, ternyata tidak berpuas hati dengan jumlah angkatannya itu.

“Saya sasarkan dapat angkat 300kg sebab saya boleh buat semasa latihan di Indonesia sebelum datang ke sini,” katanya kepada pemberita.

Pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu juga kecewa kerana gagal melakukan angkatan bebanan 165kg dalam acara snatch, sekali gus membolehkannya berpeluang meraih pingat gangsa seperti yang disasarkan.


“Saya tersalah teknik semasa angkatan. Semasa angkat bebanan 165kg, saya tidak mampu lakukan, pinggang dan kaki saya tidak kuat ketika itu.

“Dalam acara snatch, dua kali saya gagal angkat bebanan, sebabnya tarik tidak kuat, dan pada percubaan kedua terlebih tarik sehingga berpusing ke belakang,” katanya.

Muhamad Erry yang menjadikan bapanya sebagai idola, berharap beliau mampu berada setanding bapanya dan mengharumkan nama negara di peringkat dunia pada masa depan. – BERNAMA

Kategori