Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pantai Batu Buruk Kini...

KUALA TERENGGANU - Pantai Batu Buruk yang mempunyai keluasan kira-kira 49 hektar telah...

Proses Penamaan Calon PRK...

SUNGAI BESAR - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai...

Tindakan Wanita Ini Duduk...

APA perasaan anda ketika sedang bersesak-sesak dalam kereta api sistem aliran ringan ada...

Penyelesaian Jangka Pendek, Panjang...

PUTRAJAYA – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) komited mencari jalan penyelesaian...

Fadillah Yakin BN Sarawak Menang Lebih Besar PRU14

KUCHING – Menter Kerja Raya sementara Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau amat yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak mampu memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Fadillah yang juga Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata beliau berkongsi keyakinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa BN boleh memenangi 29 kerusi di Sarawak pada PRU ke-14 berbanding 25 kerusi pada PRU13.

“Kita sentiasa bersedia (menghadapi pilihan raya) kerana kita bekerja sepanjang musim dan tugas kita ialah untuk memastikan parti kita menang dalam pilihan raya,” kata beliau kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tapak projek laluan bawah tanah di Bulatan Abang Kapali Abang Akip di Petra Jaya di sini hari ini.

Beliau berkata pengundi di Sarawak perlu memberi kemenangan yang lebih besar kepada BN kerana kerajaan negeri Sarawak memerlukan mandat lebih besar daripada rakyat untuk menuntut pengembalian segala hak negeri ini daripada kerajaan persekutuan.

Sementara itu, Fadillah adalah antara calon BN yang dijangka dicalonkan semula untuk mempertahankan kerusi Petra Jaya pada pilihan raya 9 Mei depan.


Beliau akan bertanding untuk kali keempat sejak PRU tahun 2004.

Dalam PRU13 pada 2013, beliau memperolehi 29,559 undi mengalahkan calon PKR Ahmad Nazib Johari yang mendapat 8,116 undi. – BERNAMA

Kategori